Pada hari Khamis 8 Januari 1976, che mat atau nama dalam surat beranak Adnan Bin Ibrahim), dilahirkan di Sedenak....dan hari ini juga pada hari Khamis, 8 Januari 2015 secara kebetulan tarikh dan hari yang sama, che mat menyambut hari lahir yang 39 (patutnya 21...ehhh). Sujud syukur pada Allah swt yang maha agung lagi sempurna atas segala kejadian, memberi pinjam nyawa hingga ke saat ini. Terima kasih tak terhingga pada Mak dan Bak atas segala jasa bakti mereka yang pasti tidak dapat dibalas. Pada Along, Angah dan arwah Uda (al-fatihah) yang telah banyak berkorban...terima kasih kerana menerima segala kekurangan yang ada pada diri ini...
Untuk sahabat handai, teman2 blogger dan sebagainya, terima kasih atas sokongan anda, sepanjang che mat berblog. Bila waktu2 macam ini che mat tak perlukan hadiah atau kata2 pujian, cukup lah sekadar doa untuk kesihatan dan kesejahteraan, itu lebih besar maknanya. Bila menjadi seorang blogger kita sudah menjadi sebahagian dari mereka, kerana sokongan merekalah blog masih boleh bertahan hingga ke hari ini dan mungkin juga di hari2 mendatang (selagi terdaya, in sha Allah dengan izin darinya).
Pesanan untuk diri sendiri sempena hari lahir ini. Belajarlah untuk menjadi insan yang selalu 'sedar diri' dan tau mana kedudukan dan kemampuan diri. Tak usah risau jika kau dianggap 'sendirian' selama2nya, kerana Allah itu ada, mati nanti tetap sendiri, harta betimbun bukan jaminan kebahagian. Bertabahlah wahai hati, wahai jiwa jika diusik dengan kata2 yang boleh buat kau berdenyut resah. Kau hanya menumpang sementara pada jasad yang sama. Tenang dan beristigfar...in sha Allah semuanya akan baik2 saja....Selamat hari lahir Adnan Ibrahim @ Che Mat Gebu....
No comments:
Post a Comment