Assalammualaikum, salam Ahad semua. Ok...hari ni che mat bikin rojak petis, setelah bermimpi rojak petis 3 hari lepas...huhu, dasatkan si mat tu.. Lama betul ngidam, dan alhamdulillah hari ini diberi kerajinan untuk membuat rojak petis (macam susah sangat kan...). Rojak petis satu hidangan yang begitu popular di Malaysia dan Singapura juga. Teringat dulu, di pasar malam Sedenak ada sorang akak ni yang berniaga makanan. Rojak petis dia, sedap sangat, pedas dan meletop...tapi sekarang takde dah, tu cerita banyak tahun dulu. Kini kampung che mat takde lagi pasar malam. Untuk rojak petis, yang paling penting kuah rojak, untuk yang lain2 tu cuma benda biasa seperti kangkung, timun, sengkuang, taugeh, nenas, tauhu dan sengkuang. Boleh juga kalau anda nak guna kuah rojak ini untuk makan sama buah2an...jadi lah rojak buah2an...
Untuk resipi ini che mat masak dulu petis tadi dan tambah dengan beberapa bahan termasuk sedikit belacan. Tapi itu terpulang, kalau tak suka belacan boleh abaikan. Kalau anda tak suka pedas, boleh guna cili kisar sahaja. Che mat guna cili kisar dan tambah sedikit lagi cili padi yang dikisar halus. Ok, kalau anda nak mencuba, jomm che mat sharekan resipi rojak petis style che mat....ehemmm. Satu lagi untuk sos roja tu jangan terlalu cair, sebab nanti bila dah gaul dengan bahan2 lain, ia semulajadi akan berair, datang dari timun dan nenas. Sedap dimakan sejurus anda gaul rojak tadi dengan sosnya. Dan nak sedap lagi, tabur kacang tumbuk sebelum dihidangkan, walaupun dalam sos rojak tu anda dah taruk kacang tumbuk. Kalau anda ingin mencuba, che mat kongsikan resipi yang mudah ini....seperti berikut...
BAHAN-BAHAN SOS PETIS :-)
1 bekas petis @ otak udang
1 inci belacan + 1/4 cawan air = larutkan
1/3 cawan gula melaka, hiris halus
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan kicap pekat
1 cawan air
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :-)
Kacang tanah secukupnya goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk hancur
Pes asam jawa secukupnya
Cili kisar secukupnya
Cili padi kisar secukupnya(optional)
Gula jika perlu
BAHAN-BAHAN ROJAK :-)
Kangkung, siang, cuci dan toskan, kemudian celur sekejap, toskan
Taugeh, dibersihkan, celur sekejap dan toskan
Timun, hiris nipis
Nenas, hiris nipis
Sengkuang, hiris nipis
Tauhu, goreng dan hiris
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK SOS PETIS :- Satukan semua bahan2 untuk sos petis ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan gula larut. Kecilkan api dan terus memasak hingga pekat, kacau sentiasa. Matikan api dan sejukkan.
- UNTUK ROJAK PETIS :- Dalam satu bekas, masukkan 4-5 camca besar sos petis, tambah 4 camca besar kacang tanah, 1/2 camca besar cili kisar dan 1 camca teh cili api kisar. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh pes asam jawa. Gaul rata. Jika suka manis, boleh tambah sedikit lagi gula pasir. Kacau rata2
- Masukkan taugeh dan kangkung, gaul rata. Tambah sengkung, timum, tauhu dan nenas. Gaul rata2 dan alihkan rojak ke dalam pinggan sesuai. Tabur sedikit kacang tumbuk untuk hiasan. Hidangkan segera....
CATATAN MAT GEBU :- Cara2 membuat tu che mat hanya buat untuk 1 pinggan sahaja. Jadi anda pandai2 lah agak banyak mana nak taruk bahan2 untuk rojak tu yea. Tak perlu banyak sangat sebab bila dah dicampur, ia akan jadi banyak....Selamat mencuba untuk semua...
No comments:
Post a Comment