Friday, 2 January 2015

KERABU MANGGA - ENTRI PERTAMA 2015

rsz_mangga_kerabu
Assalammualaikum, salam Sabtu semua dan masih tak terlambat che mat ucapkan selamat tahun baru 2015. Dua hari bercuti sebentar dari berblog, hari ni che mat kembali bersiaran. Hari ni kita mulakan dengan satu resipi mudah, ringkas tapi cukup menyelerakan anak tekak. Nak2 kalau ada yang kurang enak badan dan tekak kurang selera makan, boleh cuba kerabu mangga ini. Buatnya amat mudah dan enak dimakan sejurus siap dibuat. Kebetulan Khamis lepas che mat ikut abang che mat ke Edau dan singgah dirumah kenalan Bonda. Masa tengah berborak2 tu, gugur mangga dari pokok tua berhampiran rumah mereka, tak banyak dalam 2 biji dan diberikan pada che mat. Alhamdulillah, terus ngidam kerabu mangga tu jam juga...hehe. Hari ni che mat laksanakan maka jadilah seperti anda lihat dalam gambar di atas. Ehemmm, nampak sedap kan....Ok, kalau nak mencuba, jomm che mat kongsikan resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji mangga epal yang masih mengkal (saiz sederana)
2 ekor sotong saiz besar
2 tangkai kacang panjang, hiris halus
5 biji bawang merah kecil, mayang halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, hiris halus
2 biji limau kasturi
2 camca besar kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, ditumbuk kasar
Sos ikan secukup rasa
Gula secukup rasa
1 batang cili merah*
7 biji cili padi*
1/2 inci belacan, dibakar*
1 ulas bawang putih, dibakar*(*ditumbuk hingga lumat)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, kemudian hiris bulat. Celur dalam air mendidih yang ditambah 1 camca teh garam, selama 30 saat. Angkat dan toskan. Biar sejuk. Mangga dikupas, kemudian isi mangga dihiris halus dan masukkan ke dalam mangkuk bersama. Ketepikan.
  2. Tambah hirisan serai, bunga kantan, bawang merah kecil, kacang panjang dan sotong yang telah dicelur serta bahan2 yang ditumbuk lumat tadi. Gaul rata2 dan masukkan sedikit gula. Tambah sos ikan secukup rasa dan gaul lagi hingga mesra.
  3. Perahkan jus limau kasturi secukupnya dan sesuaikan rasa. Sebelum dihidangkan, jangan lupa tabut kacang tumbuk dan jika suka hias dengan daun pudina. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 kegemaran anda...Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment