Saturday, 31 January 2015

KETUPAT ASAM PEDAS IKAN PARANG?...

rsz_ketupat_asam_pedas

Assalammualaikum, salam Ahad. Pagi tadi che mat bikin cekodok bawang atas permintaan Bak. Dan semalam che mat ada bikin sup ayam kampung serta rebus ketupat. Tapi tekak tak nak dah makan ketupat dengan sup, jemu. Hari ni masak asam pedas ikan parang dan che mat belasah makan sama ketupat, nampak pelik aje, tapi hakikatnya tidak sama sekali. Kan kita yang buat dia, betul tak. Lagi pun ketupat itu sendiri dari beras. Ada yang komen di FB, kata makan dengan burasak. Memang yea juga kalau orang Bugis, mereka memang makan burasak dengan ikan parang masak asam pedas. Cuma burasak bukan satu makanan yang senang dibuat. Memakan masa yang agak lama. Kalau raya tu barangkali boleh lah dapat, kalau hari2 biasa ni agak sukar..

rsz_ketupat_asam_pedas1

Asam pedas ikan parang yang che mat masak ini lain sikit. Ikan parang che mat goreng dulu, tapi jangan sampai garing, cuma goreng lembap2 saja. Dan che mat masukkan sedikit tomato puri dalam kuah asam pedas untuk mengelakkan kuahnya pedas, sebab Bak memang tak makan pedas. Tapi kalau anda buat, tak perlu letak tomati puri pun takpe, che mat cuma nak kasi kaler dia saja lebih menyerlah sebab cili kisar tak guna banyak. Che mat guna taugeh, hirisan daun bawang, sedikit kacang tanah goreng dan bawang goreng untuk hiasan. Kalau suka boleh tabur sedikit ikan bilis goreng macam che mat taruk tu. Rasa dia sedap ke?....semestinya sedap...dan anda pasti menyukainya..Berani mencuba?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping ikan parang saiz besar, dibelah 2 setiap 1. cuci dan toskan*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata dan goreng sekejap, angkat dan toskan)
1 batang serai, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1/2 camca besar pes asam jawa
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 senduk nasi penuh cili kisar
1 camca besar tomato puri
1 kiub pati ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Secubit belacan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Ketupat atau nasi impit secukupnya
Hirisan daun bawang atau daun kucai
Taugeh, dibersihkan, cuci dan toskan
Bawang goreng
Ikan bilis goreng
Kacang tanah yang digoreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan). Tumis serai, halia dan bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan serbuk kunyit dan tomato puri. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah cili kisar, kacau dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air (anggaran 1 liter atau secukupnya). Biar mendidih dan tambah kiub ikan bilis (jika guna). Masukkan ikan dan bunga kantan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK KETUPAT ASAM PEDAS :- Potong ketupat atau nasi impit secukupnya dan masukkan ke dalam mangkuk sesuai. Letak taugeh secukupnya, tuang kuah asam pedas bersama sekeping ikan parang tadi. Tabur hirisan daun bawang, bawang goreng, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng, boleh hidangkan..

Friday, 30 January 2015

CHAR KUEY TEOW LAGI...MENU ORANG MALAS...

rsz_char_kuey_teoww

Assalammualaikum, salam Sabtu. Hari ni rasa macam nak cuti masak, malas sangat, nak melingko ajr. Tapi tu lah malas2 pun kena gak menggedik ke dapur walaupun perasaan ketat macam gear takde minyak gris..huhu, apa nak buat suka tak suka kena gak leer melaksanakan tugas. Bak pulak baru saja nak baik dari sakit gaot, dan tak boleh makan sebarang termasuk kekacang dan benda2 yang bersangkut paut dengan sakit gaot. Untuk Bak seawal pagi tadi sebenarnya che mat dah bikin kan sup ayam kampung, kemudian rebus mi hoon untuk dimakan bersama sup ayam tadi. Untuk bonda che mat rebuskan ketupat NONA...alhamdulillah settle menu untuk mereka. Dan che mat pulak termengidam char kuey teow kerang. Kerang pulak tinggal koret2 aje, jadi ku campakkan beberapa ekor udang yang masih ada kulit...kes malas nak kelengsetkan kulit udang tu, biar macam tu. Satu bagusnya makan pun sopan, takde lah jadi pelahap.

rsz_char_kuey_teoww1

Che mat guna kurang lebih 200 gram kusy teow dan che mat cuci sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Kalau cuci awal dan toskan, nanti kuey teow melekat2 antara satu sama lain. Untuk perench hanya guna belen sambal tumis yang ada dalam feezer. Kalau anda ada pes mi bandung Tok Mommy Kitchen, anda boleh gunakan sebagai pes untuk char kuey teow. Ada yang suka kuey teow yang sedikit berkuah dan ada suka yang agak kering. Kalau suka berkuah, anda boleh tuangkan sedikit stok ayam atau air rebusan kulit udang. Kalau takde, air masak pun boleh. Apa makna makan char kuey teow tanpa cili hijau jeruk, yea tak...Che mat pernah share cara nak buat cili hijau jeruk sebelum ni kan, anda boleh cari yea...Nak try resipi chay kuey teow orang malas ni?.....Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram kuey teow (kurang lebih)
1 genggam taugeh atau secukupnya
15 tangkai kucai, potong pendek
8 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1 genggam isi kerang
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar penuh sambal tumis
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar kicap pekat JALEN
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
Sos ikan secukup rasa (boleh ganti dengan kicap cair)
Cili hijau jeruk, untuk dimakan bersama char kuey teow
Sedikit hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan 2 camca besar minyak, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan kacau rata. Tambah isi kerang dan udang. Gaul dan masak hingga udang berubah warna. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar sedikit mengental. Kacau hancur dan gaul rata.
  2. Masukkan kicap pekat, kacau rata. Sementara itu, cuci kuey teow bawah air paip, toskan dalam tapis dan masukkan ke dalam kuali. Gaul hingga rata dengan bahan2 lain. Tambah kicap lemak manis dan sedikit sos ikan. Kacau.
  3. Masukkan taugeh dan kucai, kacau rata dan rasa, jika perlu baru tambah lagi sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hias dengan hirisan cili merah dan hidangkan bersama cili jeruk.....Sedap dimakan panas. Selamat mencuba!!..

Thursday, 29 January 2015

TRIFLE, PENCUCI MULUT YANG 'KAYA'...

rsz_trifle_che_mat

Assalammualaikum, salam Jummat yang mulia. Hari ni che mat kongsikan resipi trifle, errrr sebenarnya dah beberapa kali juga buat dan taruk resipi di blog, cuma kadang2 ada yang sukar nak mencari balik. Nampak gambar tu macam tak senonoh aje trifle che mat...huhu, trifle sebenarnya bukan kek biasa yang boleh anda potong dan hidang seperti biasa. Ia lebih berbentuk seakan2 pudding dan nak makan kena ceduk dengan senduk. Trifle ialah satu hidangan pencuci mulut yang berasal dari Tanah Inggeris sejak tahun 1596. Trifle kebiasaannya terdiri dari kek span, kastard, buah2an dan jelly yang disusun secara berlapis2...anda boleh baca di sini, untuk lebih mengenali sejarah trifle. Semalam che mat terima kunjungan dari Soleh Ahmad dan isteri, Sunah serta keluarga Sunah dari Sarawak. Untuk pencuci mulut, che mat buatkan trifle yang mudah ini....errr...ada yang kata susah. Tak berapa susah sangat, yang penting kena tau handle macam mana kita nak assemble trifle tadi...tak boleh kelam kabut, kena steady dan fokus...

trifle che mat1
Trifle satu hidangan pencuci mulut yang agak 'kaya'. Dan tak sesuai untuk mereka yang berdiet, tapi sekali2 ok lah. Kalau lantak hari2, mau gebu macam mat gebu (siapa tu...hehe, macam kenal aje). Tu pasal che mat hanya buat jika ada tetamu atau ada permintaan. Untuk lapisan kek anda ada banyak pilihan, sama ada nak guna kek span kosong, swissroll atau kek mentega biasa. Satu yang perlu ada untuk menambah kemewahan dari segi rasa, ialah krim. Che mat syorkan anda guna whipping cream, kerana dari segi rasa, whipping cream lagi sedap dari non-dairy whipping cream (whipping cream dia takde gula. Non-dairy whippinh cream ada gula). Whipping cream anda kena sejukkan sebelum dipukul hingga kental. tapi pastikan jangan terlebih pukul nanti ia mencair. Kalau non-dairy whipping cream takde masalah, boleh pukul seperti biasa, cuma jangan terlalu lama nanti jadi terlalu kejung dan kering. Bagi yang nak mencuba jomm che mat kongsikan resipi dia.....

BAHAN-BAHAN KEK SPAN :-)
200 gram tepung optima @ tepung spoge mix
3 biji telur gred A
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN KASTARD :-)
300 ml susu segar (boleh guna susu rendah lemak atau susu penuh krim)
2 camca besar tepung kastard (Bird;s Custard)
2 kuning telur
4 camca besar gula
Secubit garam
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh mentega

BAHAN -BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh serbuk jellu konnyaku
Gula secukup rasa (anggaran 2 camca besar)
500 ml air
1/2 camca teh stoberi emulco
Beberapa titik pewarn makanan merah

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 tin buah2an cocktail, tos dan asingkan jusnya
200 ml whipping cream, putar hingga kental
Jus dari buah2 cocktail tadi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KEK SPAN :- Panaskan oven pada suhu 180C, alas loyang kek bersaiz 12 inci x 12 inci  1 inci dengan mentega dan alas dengan kertas minyak, sapukan sedikit mentega pada kerta minyak tadi. Ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, masukkan semua bahan2 untuk kek span kecuali mentega cair dan esen vanilla. Kacau rata dan kemudian putar kurang lebih 10 minit hingga kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu, guna kelajuan tinggi. Matikan mesin ke, masukkan mentega cair dan esen vanilla, gaul rata dengan spatula dan tuang ke dalam loyang dan ratakan. Bakar 20 minit pada rak tengah oven, atau hingga kek masak. Keluarkan dan sejukkan kek atas jaringan..
  2. UNTUK LAPISAN PERTAMA TRIFLE :- Ambil bekas yang sesuai, che mat guna mangkuk bujur. Potong kek ikut saiz bekas yang anda guna, atau boleh potong ikut suka dan susun pada dasar acuan. Lembapkan kek dengan jus dari buah2an cocktail tadi, hanya lembapkan saja, bukan nak sampai basah lencun yea. Ratakan whipping cream (pastikan krim disejukkan dalam peti sejuk, sebelum anda pukul hingga kental). Kemudian ratakan dengan 1/2 bahagian buah2an cocktail tadi. Simpan trifle dalam peti sejuk, sementara kita buat kastardnya.
  3. UNTUK KASTARD :- Satukan kuning telur, gula dan garam ke dalam satu bekas, kacau rata dengan whisk, tambah susu segar dan kacau sebati, Masukkan tepung kastard, kacau rata dan tapiskan ke dalam periuk. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan dikacau sentiasa hingga kastard pekat. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Gaul hingga rata. Kacau kastard tadi dengan whisk hingga suam2 kuku (che mat alas periuk kastard tadi dengan bekas berisi air sejuk). Ketepikan sebentar.
  4. UNTUK LAPISAN KEDUA TRIFLE :- Keluarkan trifle dari peti sejuk. Tuang kastard yang suam2 kuku tadi atasnya dan ratakan. Kemudian tabur baki buah2an cocktail di atas kastard hingga rata. Masukkan kembali ke dalam peti sejuk sementara kita membuat lapisan jelly (lapisan terakhir).
  5. UNTUK JELLY :- Masukkan serbuk jelly konnyaku ke dalam periuk bersama gula, kacau rata dan tuang air. Masak hingga mendidih dan semua larut. Tambah stoberi emulco dan pewarna merah makanan. kacau rata dan masak sekejap. Biarkan suam2 kuku...
  6. UNTUK LAPISAN TERAKHIR TRIFLE :- Keluarkan trifle dari peti sejuk. Menggunakan senduk, sendukkan dan tuang perlahan2 bancuhan jelly atas kastard tadi hingga penuh. Biarkan sekejap dan simpan dalam peti sejuk untuk 1 - 2 jam. Boleh hidangkan dan sedap dimakan sejuk....Selamat mencuba!!.

Wednesday, 28 January 2015

KACANG POOL MUDAH MEMASAKNYA..

rsz_kachang_pool

Assalammualaikum, salam Rabu. Hari ni cuma sempat masukkan entri kacang pool yang popular di Johor dan Singapura. Negeri2 lain mungkin mereka kurang tau apa itu kacang pool. Masakan ini dibawa masuk oleh orang2 Arab dan timur tengah sejak lama dulu dan lama kelamaan ia menjadi sebahagian dari himpunan resipi tradisi. Ia sejenis pencicah untuk roti dan sebagainya. Dimasak bersama daging cincang dan juga kacang pool atau dipanggil 'foul medammas. Kebiasaannya che mat guna yang jenis dalam tin jenama Kimball atau ada juga jual di kedai2 orang Arab sepertu Suria dan sebagainya, tapi jenama arab dan tetap kacang pool yang sama. Selain kacang pool, boleh juga dimasukkan kacang2 lain. Che mat sendiri masukkan 1 tin baked beans, 1 tin taco mix beans, itu semua ikut selera anda. Kalau nak guna kacang pool sahaja pun boleh...

rsz_kachang_pool1

Kacang pool kebiasaannya dihidangkan bersama telur mata kerbau, bawang besar yang didadu, tomato yang didadu, hirisan cili hijau (che mat campur hirisan cili merah), limau kasturi dan juga sedikit minyak sapi yang dipanaskan. Memasak kacang pool amat mudah dan tak perlu bahan2 yang banyak sangat. Kalau anda nak gantikan daging lembu pada daging kambing pun boleh. Kali ni che mat cicah kacang pool dengan roti naan, Roti naan beli di Tesco jenama Mission, sedap juga roti naan tu, panaskan dulu dalam kuali sebelum anda makan sama kacang pool. Makan dengan roti tu dah biasa sangat. Ia sebenarnya tiada had, anda nak makan sama roti canai atau lempeng pun boleh. Ingin cuba memasak kacang pool?...Che mat kongsikan resipi seperti dibawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram daging lembu, yang dicincang
1 tin kacang pool (contoh di sini )
1 tin kecik baked bean (che mat guna cap ayam)
1 tin red beans, sebarang jenama
2 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Roti naa, roti perancis atau sebarang jenis roti
Bawang besar, didadu kecil
Tomato, didadu
Cili hijau/cili merah, dipotong
Limau kasturi, dibelah 2
Minyak sapi dipanaskan hingga cair

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Latek daging cincang dalam tapis, kemudian cuci dibawah air paip, toskan. Kacang pool diramas tapi tak perlu sampai lumat, hanya pecah2kan sahaja. Satukan rempah kari dan serbuk ketumbar, tuang air (anggaran 1/3 cawan) dan kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan minyak sapi dan biar cair. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau rata. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak 7 - 8 minit.
  3. Tuang air (anggaran 1 liter), kacau dan biar mendidih. Masukkan kacang pool. baked bean dan kacang merah (tak perlu ditoskan). Kacau rata dan masak dengan api sederhana selama 10 - 15 minit, kacau sentiasa.
  4. Tambah lada hitam tumbuk, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap lagi, jika suka cair, boleh tambah sedikit air panas. Rasa dan jika ok, boleh matikan api.
  5. CARA MENGHIDANG :- Cedok kacang pool secukupnya ke dalam mangkuk sesuai (untuk seorang makan). Tabur dengan sedikit bawang besar, cili hijau, cili merah dan tomato. Letak sekeping telur mata kerbau. Tuang sedikit minyak sapi panas atasnya dan perahkan jus limau kasturi. Hidangkan bersama roti naan atau roti kegemaran anda...

Monday, 26 January 2015

TUMIS LEMAK CILI HIJAU...

rsz_lombok_ijo
Assalammualaikum, salam Selasa. Tempoh hari masa beli ayam, che mat ada simpan pedal dan hati ayam dalam freezer. Nak buat sambal goreng rasa boring pulak. Teringat seorang sahabat che mat yang juga dulu dia ni seorang blogger, Sue Joshua, ada kongsikan satu resipi ringkas di wall FB beliau. Satu menu masakan orang2 jawa yang mudah dibuat, dan sedap rasanya. Seakan2 masak lemak, tapi pekat dan tak berapa pedas (pedas tu anda boleh tambah cili lagi kalau suka, ikut selera masing2). Sedap dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan sayur pilihan anda (che mat cuma makan dengan ulam raja dan daun selom saja). Resipi asal guna 10 pedal ayam dan 10 hati ayam, tapi che mat cuma ada 3 hati ayam dan 3 pedal. Kalau anda suka makan pedal dan hati, boleh cuma resipi ini. Terima kasih sekali lagi pada Sue. Resipi saya share kan di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 keping tempedal ayam*
10 keping hati ayam*
1 inci halia ditumbuk hancur*
3 ulas bawang putih, ditumbuk hancur*(*direbus selama 10 minit dan toskan)
1 keping tempe berbungus plastik (guna 2 kalau yang berbungkus daun)
1 cawan santan
4 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris halus
5 biji cili hijau, hiris
5 biji cili padi, hiris
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili hijau dan cili padi hingga harum, masukkan santan dan sedikit air (dalam 1/4 cawan), kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan asam gelugor, pedal, hati dan tempe. Kacau rata dan masak hingga pekat, guna api kecil dan kacau sekali sekala. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur sedikit hirisan cili merah sebagai hiasan....Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

BENING BETIK LADA HITAM

rsz_bening_betik (1)
Salam semua, antara resipi paling mudah dan menjadi santapan che mat di kala kurang sehat, atau tekak kurang enak. Maklumlah kalau asyik menu yang digoreng atau bersantan, perlu juga sesuatu yang ringan untuk mencuci tekak. Tadi masa skodeng2 kat belakang rumah, ada pulak sebiji betik mengkal. Tau betik mengkal tu macam mana?..Mengkal tu dalam keadaan tak muda, tak ranum sangat. Kiranya masih keras tapi isi sudah kemerahan. Paling mudah bikin bening, paling rumit sikit, di buat somtam. Lada hitam bahan utama, sebab dikatakan betik ni sejuk, jadi bila taruk lada hitam, ia jadi hangat dan seimbang. Pstt..elok juga untuk buang angin...ehemm...Cara memasak dia senang sangat, campak2 aje...biar mendidih hingga betik lembut, ok, siap, dan boleh makan....Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik mengkal saiz sederhana
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kupas betik, kemudian belah 8. Buang bijinya, dan hiris serong sederhana tebal. Masukkan ke dalam periuk bersama2 bawang putih, bawang merah, ikan bilis, kiub ikan bilis (jika guna) dan air secukupnya (hingga betik tenggelam).
  2. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masak hingga betik lembut. Masukkan lada hitam, daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, telur dadar, ikan goreng dan sambal belacan.

Sunday, 25 January 2015

KARI ASAM JADI ASAM PEDAS...

rsz_pari_asam
Assalammualaikum, salam Isnin...Hari ni che mat tak masak sangat, dan menu yang anda nampak ni dimasak pada Sabtu lepas. Kenapa tajuk entri tu kari asam jadi asam pedas?..Huhu...macam tu lah bila otak ni tak tau fikir apa ntah, Memang plan nak masak asam kari...Errr...tau asam kari tu apa? Dia macam asam pedas tapi macam kari..pening eks. Gaya masakan sama macam asam pedas tapi bahan2 rempah ratus dia ada sikit beza dan penggunaan herba juga ada lebih sedikit. Rempah kari tak guna banyak. Kari asam tu typical orang peranakan baba nyonya punya resipi. Tapi asam pedas pun ok, sedap. Che mat tak de masalah dengan asam pedas, hari2 pun ok, macam drama bersiri 'Asam Pedas Untuk Dia' setiap hari Sabtu dan Ahad di TV3, jam 7 pm, ehhh terpromot pulak,,hehe. Che mat masukkan sawi jeruk, part ni paling bess, memang suka sawi jeruk kalau campur dalam asam pedas. Resipi tetap yang sama cuma, kadang2 bahan2 dan cara memasak sikit beza dari yang biasa....bagi yang nak mencuba, che mat tuliskan resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ikan pari, potong ikut suka, cuci dan toskan
4 kelopak sawi jeruk, potong keci dan rendam
1 batang serai, diketuk
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1/2 camca besar pes asam jawa
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
2 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca teh serbuk kunyit
1/2 inci halia, diketuk
1/2 inci lengkuas, diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai, halia dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan serbuk kunyit, kacau rata, tambah cili kisar, gaul dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), Biar mendidih dan masukkan sawi jeruk (tos dan perah). Masukkan ikan pari dan bunga kantan. Biar hingga ikan masak, 
  3. Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan taruk lada hitam yang ditumbuk halus. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, telur dadar dan ulam-ulaman....Selamat mencuba!!.

CHEDDAR CHEESE SCONES

rsz_cheddar_cheese_scone

Assalammualaikum, salam Ahad semua. Hai ni tergerak hati pulak nak bikin skon. Apa itu skon sebenarnya? Menurut wikipedia, skon atau scone berasal dari United Kingdom dan ia sebenarnya sejenis kek atau 'quick bread' dan boleh juga dikategorikan dalam kumpulan pastri, kerana cara membuatnya seperti menyediakan pastri. Skon menggunakan serbuk penaik atau baking powder sebagai medium penaik. Untuk lebih lanjut anda boleh baca di sini. Tu hari che mat nampak Pak Lan, blogger yang hebat dalam dunia fotografi, dia bikin skon...macam bess aje nampak, macam menggoda aje. Apa kata hari ni che mat pulak buat skon, tapi bukan skon manis, kita test skon savory ia itu 'cheddar cheese scones'....

rsz_cheddar_cheese_scone1

Resipi asal dari Chef Wan, dari buku masakan beliau 'Juadah Manisan Istimewa Chef Wan'. Dan skon savory tidaklah naik tinggi seperti skon lain, ia sedikit padat tapi lembut di dalamnya. Skon ini sedikit berat kerana dicampurkan dengan parutan keju cheddar. Che mat tak letak garam seperti yang disyorkan dalam resipi asal. Ini kerana keju cheddar agak masin dan mentega yang digunakan dari jenis salted butter, kalau guna unsalted butter, anda boleh lah masukkan garam seperti dalam resipi. Satu yang menjadikan ia lebih fusion bila ada taburan jintan putih atau jintan halus sebagai hiasan akhir. Dan che mat hidangkan bersama mentega bawang putih yang pedas2 manis (yang ni che mat tambah sendiri, takde dalam resipi asal Chef Wan), yang tu nanti che mat kongsikan resipi.

rsz_cheddar_cheese_scone_inged

Antara bahan2 yang digunakan untuk cheddar cheese scones (errr...macam mana boleh silap eja 'cheddar' tu eks?..Nampak sangat kaki typo...grrr) seperti gambar di atas. Serbuk mustard tu anda boleh beli di pasaraya2 seperti Aeon, MyDin, Tesco atau Giant. Parsley kalau dapat guna yang segar lagi sedap. Sebab che mat takde stok, jadi ku gunakan parsley kering saja. Resipi ini menghasilkan kurang lebih 8 biji scone, bergantung pada saiz acuan yang anda gunakan untuk menerap scone. Ok, jomm kita semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh serbuk mustard @ serbuk biji sawi*
1/2 camca teh garam halus (che mat tak letak)*(*disatukan dan diayak)
125 gram mentega, disejukkan dan didadu
1 cawan parutan keju cheddar
1/4 cawan susu segar*
1 biji telur gred A*(*disatukan dan pukul sedikit)
1 biji kuning telur, dipukul sedikit, untuk menglis
Jintan puith @ jintan halus secukupnya untuk hiasan
Sedikit tepung gandum

BAHAN-BAHAN MENTEGA BAWANG PUTIH :-)
2 camca besar mentega, dilembutkan
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok kucai, hiris halus
1/3 camca teh serbuk paprika
1 camca besar madu
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 190C. Sementara itu, masukkan bahan2 yang diayak dalam satu bekas bersama parsley, gaul rata. Taruk mentega kemudian gaul ramas dengan hujung jari hingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Masukkan parutan keju cheddar dan gaul rata.
  2. Tuang bancuhan telur dan susu, kemudian gaul pantas hingga adunan bersatu (adunan agak lembut sedikit). Alihkan ke meja kerja yang ditabur sedikit tepung dan tabur sedikit tepung pada adunan tadi. Bentukkan bulat dan canai 1 1/2 cm tebal, terap dengan acuan pilihan anda dan alihkan ke dulang pembakar yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap.
  3. Sapu permukaan skon dengan kuning telur dan tabur jintan putih sebagai hiasan. Buat hingga siap. Bakar 15 - 20 minit atau hingga permukaan skon keemasan. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan bersama mentega bawang putih.
  4. UNTUK MENTEGA BAWANG PUTIH :- Satukan semua bahan2 untuk mentega bawang putih dan kacau rata hingga semua sebati. Hidangkan bersama skon....Selamat mencuba!!.

Thursday, 22 January 2015

ROJAK CUCUR TEPUNG...

rsz_rojak_cucur_tepung
Assalammualaikum, salam Khamis. Cuti masak nasi hari ni, konon2lah tapi memang tak masak nasi. Sebab apa?..sebab che mat malas nak masak nasi. Plan nak bikin rojak dah 2 hari lepas, tapi bahan2 kurang, jadi kena tunda sampai hari ni. Che mat pernah buat sekali dulu, dan resipi masih ada dalam blog ini. Nampak macam rumit aje, macam banyak aje kerja yang perlu dibuat. Memasak ni kena ada perancangan, dan kena susun kerja memasak agar ia berjalan lancar tanpa ada yang terlupa dan tertinggal. Nak2 kalau membuat kek, memang kena peka dan tenang. Resipi rojak ini asalnya che mat ambik dari sorang blogger masakan, tapi sekarang dia dah tak berblog lagi. Macam tu lah kita blogger masakan, selagi kita guna resipi tu in sha Allah kita sentiasa diingati....alhamdulillah...

rsz_rojak_cucur_tepung1
Che mat buat dalam kuantiti sederhana saja, tapi kuah tu anda boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk atau didingin bekukan dalam freezer. Bila nak guna tinggal panaskan, kalau pekat, bancuh dengan sedikit air panas sampai tahap kosistensi yang anda suka. Resipi asal tak guna belacan, tapi che mat taruk sedikit dan biskut tawar, che mat ganti dengan biskut marie. Bijan tu ikut suka anda, tapi kalau tabur bijan, rasa dia lagi sedap, kasi sangai dulu atau goreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil aje, dan kacau selalu agar masak rata. Kalau anda suka pedas, boleh tambah cili. Che mat perasan juga, kalau rojak mamak, kuah dia kemerah2an seperti guna serbuk cili, ke dia orang letak pewarna eks?...kena selidik nihh...ehem....

rsz_rojak_cucur_tepung2
Sebelum che mat tulis resipi, sila lah lihat gambar atas ni, nak ambik daun pisang malas beno, nasib baik ada pinggan bentuk daun pisang. Yang penting kat sini kuah rojak dan cucur tepung tu, seakan2 cucur udang tapi kosong tanpa udang atau sayur2an (tapikan kalau nak masukkan cucur udang dan mi kuning dalam rojak ni pun ok, kan kita yang buat dia, sapa ada kesah betul tak?)....Resipi cuma anggaran saja yea, dan bergantung pada penduduk rumah anda, kalau ramai dan suka makan rojak, sila topup mana yang perlu. Kalau tak ramai macam rumah che mat, boleh lah kurangkan...Jomm kita bikin rojak cucur tepung!!...

BAHAN-BAHAN KUAH ROJAK :-)
12 keping biskut marie, kisar halus
1/2 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk hancur
15 tangkai cili kering, buang biji, cuci dan toskan
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1/2 inci belacan, dibakar
3 camca besar gula melaka
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
6 - 7 cawan air (atau secukupnya)
Sedikit bijan, digoreng tanpa minyak hingga harum, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN ROJAK :-)
Cucur tepung secukupnya (resipi di bawah)
4 biji telur rebus, digoreng dan toskan
5 biji kentang, rebus hingga empuk, biar sejuk dan digoreng
4 keping tempe berbungkus daun, didadu dan digoreng
Daun salad secukupnya, cuci, toskan dan potong
Tauhu, digoreng dan potong kecil
Cili hijau, dipotong kasar
Timun, dihiris kecil
Sengkuang, dihiris kecil

BAHAN-BAHAN CUCUR TEPUNG :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 camca besar gula halus
1/3 camca teh garam
1 camca teh penuh  instat yeast
1/2 camca teh serbuk kunyit @ beberapa titik pewarna kuning makanan
1 cawan + 2 camca besar air

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH ROJAK :- Cili kering yang telah ditoskan hingga kering, digoreng hingga harum jangan sampai hangus. Angkat dan toskan. Kemudian kisar cili tadi dengan bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih dan udang kering hingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar tadi hingga harum dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan gula melaka dan biskut marie kisar. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan kacang tumbuk dan perasakan dengan garam secukupnya. Tambah gula jika perlu. Kacau dan masak dengan api kecil hingga pekat sedikit. Seimbangkan rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK CUCUR TEPUNG :- Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 untuk cucur tepung, kecuali air. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit Sambil dikacau rata dan air habis. Perap adunan selama 1 jam. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kacau adunan cucur tepung, kemudian sudukan ke dalam minyak panas, goreng seperti anda buat cekodok, angkat dan toskan. Buat hingga siap.
  5. UNTUK ROJAK CUCUR TEPUNG :- Dalam mangkuk, masukkan serba sedikit bahan2 rojak (pastikan cucur tepung, tauhu goreng, telur dan kentang anda potong kecil dahulu sebelum digunakan). Kemudian tuang kuah secukupnya dah gaul hingga rata. Alihkan ke dalam pinggan sesuai, tabur sedikit bijan atasnya dan hidangkan segera.....ehemm...selamat mencuba!!..

Wednesday, 21 January 2015

NEOPOLITAN BLUBERRY SWISSROLL

rsz_neopolitin_swiss_roll1

Salam semua, lama juga tak buat kek. Sejak2 ni harga barang baking makin naik, huhu. Macam che mat tak pelah, kawan2 lain yang menjalankan perniagaan kek dan sebagainya, terasa juga. Bila harga minyak turun, barang2 dok macam tu juga, kalau harga minyak naik, harga bukan main cepat naiknya. Pelanggan pulak ada tu nak yang terbaik dan sedap. Tapi harga nak murah, pening gak kadang2. Tak bercadang nak buat kek hari ini. Tadi masa kemas2 freezer, che mat jumpa blueberry yang che mat bekukan. Tu saja cara nak simpan blueberry agar tahan lebih lama dan bila nak guna, stok tetap ada. Blueberry ni pun bukan kerap ada jual, kadang2 aje, dah lah tu harga, mak datuk, cekik darah, mahal, tapi dah nak guna beli saja lah. Cuma kalau beli tu ada masa baki2 dia sampai kecut dalam peti sejuk. Tu pasal che mat bekukan dalam freezer. Walaupun  tak seelok yang segar, tapi masih boleh digunakan untuk kek atau muffin...

rsz_neopolitan_swissroll2

Seperti biasa, untuk kek ini, che mat guna tepung optima atau ada yang panggil tepung sponge mix. Cuma perlu tambah telur, susu dan mentega cair atau minyak masak. Anda boleh beli dikedai2 menjual bahan2 baking. Bagi yang tak punya banyak masa dan nak bikin kek cepat, anda boleh simpan tepung optima di rumah (simpan dalam peti sejuka yea untuk tahan lebih lama). Anda boleh tambah apa2 perisa yang anda suka. Macam che mat buat neopolitan, che mat guna stoberi elmuco untuk warna merah, pandan untuk hijau dan coklat emulco + perisa mocha untuk warna coklat. Cara nak mencorak tu ikut kreativiti anda. Che mat cuma tompok2kan aje ikut turutan warna hingga siap, dan lepas tu lorek dengan chopstick beberapa kali. Ok...jomm kita lihat resipi dan cara2 membuatnya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram tepung optima @ tepung sponge mix
3 biji telur gred A
40 gram mentega, dicairkan, biar sejuk
50 ml susu segar
1 camca teh coklat emulco
1/2 camca teh perisa mocha
1 camca teh stoberi emulco
1 camca teh pandan paste
2/3 cawan non-dairy whipping cream
1/4 cawan buah blueberry segar

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran (12 x 12 x 1) inci dengan mentega dan alas dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung optima, susu dan telur. Kacau rata, kemudian putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat, kurang lebih 8 - 10 minit.
  2. Tuang mentega cair, dan gaul dengan spatula hingga rata dan sebati. Bagikan kepada 3 bahagian sama rata. Satu dimasukkan coklat emulco dan perisa mocha, gaul rata. Satu lagi dimasukkan stoberi emulco dan gaul rata dan lagi satu dimasukkan pes pandan, gaul rata.
  3. Sudukan setiap adunan secara berturutan dalam tin yang disediakan tadi. Kemudian lorekkan beberapa kali menggunakan chopstik. Bakar 20 - 25 minit pada rak tengah oven hingga masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan atas jaringan dan buang kertas minyak. Biar sejuk sekejap.
  4. Sementara itu putar non-dairy whipping cream hingga kentanl, ketepikan. Ambil sekeping kertas minyak yang bersih, bentangkan pada meja kerja. Perlahan2 alihkan kek tadi atas kertas minyak. Pastikan bahagian permukaan kek berada di atas. Sapukan krim rata2, kemudian tabur buah blueberry tadi atasnya dan gulung kek perlahan2 hingga ke hujungnya. Ketatkan gulungan dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam sebelum anda potong. Boleh hidangkan..

Tuesday, 20 January 2015

SUP AYAM KAMPUNG, JEMPUT MAKAN..

rsz_sop_ciken
Assalammualaikum, salam Rabu. Bila mood masak ke laut...maka yang jadi pun macam air laut. Pagi ni che mat masak sup ayam kampung atas permintaan bonda, alhamdulillah, kalau sup tu senang amat. Masukkan semua dalam periuk tekanan atau pressure cooker, tak sampai 30 minit siap dah sup, tinggal taruk kentang dan tunggu kentang empuk dalam 10 minit, settle dah boleh makan sama mi hoon, mi kuning, kuey teow, makaroni, nasi, ketupat, roti atau pun dihirup begitu saja. Jemu juga kan bila anda singgah aje tengok2 entri sup ayam yang dah tak terbilang banyaknya dalam blog ni. Tapi nak buat macam mana, dah nama pun blog masakkan, apa yang che mat masak hari tu, tu lah yang jadi entri, waimah telur goreng sekali pun. Minta maaf yea jika ada yang bosan. Terima kasih sebab tetap beri sokongan pada blog ini walaupun entri tidak sekencang dulu. Maklumlah masa berubah kan dan che mat sendiri dah beransur tua...ehhh....bukan tua, tapi matang...hehe... Errr, nak resipi ke, sebab resipi ni sama macam sup ayam yang che mat buat dulu, kalau nak, che mat tulis sekali lagi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung (kurang lebih 1+ kg)
4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap 1 dan rendam
1 batang serai, diketuk
1 pokok kecil daun sup, kerat kasar
1 camca besar penuh bawang goreng
1 camca teh penuh lada hitam biji, tumbuk halus
1 kiub pati ayam Maggi (optional)
1 sup bunjut tulang (che mat guna ADABI)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Ketupat atau nasi impit
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Tauhu, digoreng dan hiris
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam kampung dipotong pada saiz sederhana, bersihkan dan gaul dengan 1 camca besar tepung gandum dan perahkan jus limau nipis dari sebiji limau. Gaul rata dan perap 15 minit. Cuci hingga bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai dan bahan2 tumis, masak hingga harum. Tambah bahan2 kisar halus, kacau dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam), kacau dan biar menggelegak.
  3. Masukkan lada hitam, kiub ayam, daun sup yang dipotong kasar dan 1 camca besar bawang goreng. Kacau dan masak hingga ayam empuk. Guna api sederhana, jika kuah kering dan ayam masih keras, tuang air panas secukupnya.
  4. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk. Perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sekejap lagi dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat dan hias dengan taugeh, hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan tambah sambal kicap sebelum dimakan. Enak dimakan panas..

LOKIO TUMIS SAMA KERANG...

rsz_lokio_kerang_belacan
Kalau sebut lokio, mesti ada yang tak pernah makan. Tapi percaya lah kalau anda cuba masak dan makan, pasti ia menggamit selera anda. Lokio seakan2 pokok kucai tapi daunnya bulat dan panjang. Dalam kategori pokok bebawang dan isinya manis dan sedap. Kerap juga che mat masak dan kongsikan di blog. Anda boleh pelbagaikan cara memasak, dan paling che mat suka dimasak sama cencalok atau boleh juga sama udang dan ikan bilis. Kali ni kita test tumis sama isi kerang dan alhamdulilah rasanya ehemmm...sedap sangat. Enak dimakan bersama nasi putih yang dimasak lembut. Tambah ikan goreng, telur dadar dan sambal belacan, sudah memadai sangat2. Bagi yang tak pasti rupa lokio, anda boleh google yea. Resipi seperti dibawanh ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak lokio, dibersihkan dan kerat pendek, asingkan bawang dan daunnya
1/3 cawan isi kerang segar
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
5 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1/2 inci belacan*
2 camca besar air*(*dihancurkan)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga harum dan layu. Masukkan isi kerang, kacau rata dan masak hingga isi kerang berubah warna, tambah sos tiram dan bancuhan belacan, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan bawang lokio, kacau dan masak hingga bawangnya lembut sedikit. Masukkan pula daunnya, kacau rata dan masak sekejap. Tambah garam secukup rasa dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, telur dadar, ikan goreng dan sambal belacan... Selamat mencuba!!..

Monday, 19 January 2015

RAHSIA NASI LEMAK YANG SEDAP....

rsz_lemak_nasi
Hari ni che mat bersarapan nasi lemak. Nasi lemak satu resipi warisan yang begitu terkenal di Malaysia dan Singapura. Nasi yang dimasak bersama santan kelapa, ditambah daun pandan sebagai aroma identiti 'nasi lemak'. Dan dimasukkan beberapa bahan2 lain untuk menambah keenakkan dan keharuman nasi lemak. Beras juga memainkan peranan untuk mendapat nasi lemak yang sedap. Ada yang suka guna beras biasa atau beras siam. Bagi che mat beras basmathi pilihan terbaik untuk nasi lemak. Santan bahan penting, kalau kurang santan, nasi lemak kurang berperisa. 

Ada yang suka masukkan sedikit minyak masak dalam nasi lemak, tapi che mat kurang gemar. Guna santan yang pekat sedikit dan secara semulajadi nasi lemak akan jadi cantik dan berkilat setelah masak. Kalau boleh, gunakan santan segar yang diperah dari kelapa yang di parut. Guna santan yang siap diperah tu pun boleh juga. Satu lagi seperti anda biasa lihat, kalau bikin nasi lemak che mat suka masukkan serai, bawang putih, halia dan bawang besar yang dibelah selain daun pandan saja. Kalau anda suka, boleh masukkan sedikit halba (che mat pernah buat beberapa kali), tapi bila nasi lemak ada halba, dah seakan2 nasi dagang pulak, yea tak. 

Kalau anda suka nasi lemak berderai, anda boleh kukus. Masak dulu dalam periuk nasi (kalau nak masak atas dapur gas pun boleh, tapi che mat sarankan masak guna rice cooker, lebih selamat). Bila nasi kering dan suis pada rice cooker bertukar pada 'warm'. Anda off kan dan terus alih nasi tadi ke dalam kukus, pastikan dasar kukus anda lapik dengan daun pisang dan cucuk2 sedikit agar wap boleh tembus. Ratakan nasi lemak atasnya dan buat beberapa lubang pada nasi menggunakan chopstcik atau sudu. Kukus 20 - 25 minit hingga nasi betul2 masak. Tapi jika anda plan nak kukus, pastikan santan anda kurangkan sedikit, contohnya 4 cawan besar basmathi, selalunya 6 cawan santan. Anda guna 5 cawan santan sudah cukup. Harap ia tak sikit banyak dapat membantu generasi2 muda untuk cuba memasak nasi lemak....Ok, jomm kita jamu nasi lemak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
6 cawan santan segar (kalau anda niat nak kukus nasi lemak tadi, guna 5 cawan saja)
1 batang serai, diketuk
1 helai daun pandan
1 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, belah 4
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN PELENGKAP :-)
Sambal tumis (bolah guna sambal tumis ikan bilis, sotong, udang atau kerang)
Telur rebus, dibelah 2 setiap 1 (boleh juga guna telur dadar atau telur mata kerbau)
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng
Timun, dihiris
Ayam goreng berempah (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras, kemudian masukkan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker). Masukkan serai, bawang putih, halia, daun pandan dan santan. Tambah garam (3/4 camca teh dah cukup, sebab kita hanya nak kan rasa lemak2 saja bukan masin). Kacau rata dan masak seperti biasa. Bila nasi lemak cukup tanak, gemburkan dengan chopstick dan off kan rice cooker untuk mengelakkan nasi berkerak.
  2. Kalau anda nak kukus, lepas nasi lemak masak (bila suis rice cooker beralih dari cook kepada warm), alih nasi lemak ke dalam kukus yang telah dipanaskan dan dialas dengan daun pisang. Kukus, 20 - 25 minit hingga nasi betul2 masak.
  3. Hidangkan nasi lemak tadi dengan sambal tumis, telur rebus, hirisan timun, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng dan ayam goreng berempah, jika suka. Sesuai untuk sarapan pagi atau bila2 masa sahaja.... Selamat mencuba!!

CHAR KUEY TEOW KERANG SEMUDAH A - B - C

rsz_kerang_kuey_teow
Pagi tadi che mat bikin char kuey teow kerang, menghabiskan belen kuey teow yang dimakan sama sup ayam tu hari. Berbaki kurang lebih dalam 200 gram macam tu. Dan dalam freezer che mat ada simpan isi kerang. Isi kerang segar yang dikopek dari kerang hidup, che mat beli di pasar Batu Pahat tempoh hari. Char kuey teow che mat masak cukup simple, cukup mudah dan tak banyak bahan2. Tak de pening2 nak guna sambal tumis seperti selalu (sebab kehabisan stok), cuma guna cili kisar, kicap pekat, kicap lemak manis dan sos ikan sebagai bahan perisa. Cepat dimasak tapi jangan cepat sangat makan, kena sopan2, jangan gelojoh ok, makan biar senonoh2. Satu lagi, kalau anda masak char kuey teow, cili hijau jeruk jangan dilupakan, kurang ummphh dia kalau takde cili jeruk. Tak reti nak bikin cili jeruk?...toksah khuatir che mat tuliskan resipi dia di bawah ni nanti yea.....Jomm kita mulakan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram kuey teow, cuci dan toskan
8 ekor udang saiz besar, dibersihkan
1/4 cawan isi kerang segar
1 genggam taugeh, dibersihkan, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris
1 camca besar cili kisar
5 pokok daun kucai, kerat pendek
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar kicap pekat JALEN
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
Sos ikan secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN-BAHAN CILI JERUK :-)
100 gram cili hijau, pilih yang segar
230 ml cuka JALEN
3 camca besar gula
1/2 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan udang dan isi kerang, kacau rata dan masak hingga udang berubah warna.
  2. Tambah kicap pekat dan kicap lemak manis. Kacau rata. Besarkan api dan masukkan kuey teow, kacau pantas hingga semua bergaul mesra. Tolak kuey teow ke tepi kuali, masukkan telur dan biar sekejap hingga telur kental. Kacau hancur dan gaul rata dengan kuey teow.
  3. Masukkan sos ikan secukup rasa, tambah taugeh dan kucai. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cili hijau jeruk tadi..
  4. UNTUK CILI HIJAU JERUK :- Cuci cili hijau, kemudian potong kasar. Celur 30 saat dalam air panas dan toskan. Sementara itu, satukan cuka makan, gula dan garam. Kacau rata dan ketepikan. Isi cili hijau dalam botol bersih (atau bekas plastik bertutup) tuang cuka dan biarkan cili terendam sekurang2nya 45 minit atau 1 jam sebelum dimakan bersama kuey teow. Selamat mencuba!!..

Sunday, 18 January 2015

ASAM PEDAS UNTUK DIA....

rsz_asam_pedas_utk_dia

Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni che mat masak asam pedas lagi...jemu?...ishh jangan kata macam tu. Asam pedas identiti orang kita, nak2 orang Johor dan Melaka (tempat lain tu tak pasti lah yea). Semalam, Ahad secara tak sengaja che mat tertengok satu drama di TV3 berjudul, 'Asam Pedas Untuk Dia'. Che mat sendiri rasa tersuka pulak. Pada penulis novel yang telah disunting bahan penulisan beliau untuk dijadikan drama, che mat ucapkan tahniah. Sebab itu che mat masak asam pedas hari ini. Asam pedas ikan tenggiri. Episode semalam che mat perasan dia masak asam pedas ayam, yang tu nampak Johorian sangat, kalau asam pedas daging lebih kepada negeri Melaka. Pujian harus diberi kepada penulis novel tersebut, kerana secara tak langsung menaikkan menu asam pedas itu sendiri di mata masyarakat yang ada segelintir memandang menu asam pedas hanya masakan 'sendalan' masyarakat kampung....

asam pedas untuk dia1

Masa che mat upkan satu status di FB, ada komen dari beberapa orang kenalan dan rupanya penulis novel ini berjiran dengan blogger Ayu Citarasa Rinduan. Dan juga kenalan seorang lagi blogger Cikgu Areef. Betapa kecilnya dunia, pusing2 kat situ juga. Jadi bagi anda yang suka makan, suka masak dan suka menikamti asam pedas, jangan lupa saksikan drama menarik ini setiap Sabtu dan Ahad jam 7 malam, di TV 3... Jomm asam pedas untuk dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping ikan tenggiri
1/2 biji nenas madu, hiris kasar
1 biji tomato, belah 4
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 batang serai, diketuk
1 genggam daun kesum, cuci dan toskan
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan). Tumis serai hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak sekejap. Tambah cili kisar, kacau dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau dan masukkan nenas. Gaul rata dan. Tuang air secukupya (anggaran 1 liter). Kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan tenggiri dan daun kesom. Tambah kiub ikan bilis, (jika guna).
  3. Tambah lada hitam dan bunga kantan. Kacau perlahan2 dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (che mat tak masukkan gula sebab nenas dah manis). Akhir sekali masukkan tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, telur dadar dan ulam-ulaman..

UDANG KETAK GORENG TELUR MASIN

rsz_crayfish1

Assalammualaikum, salam Ahad. Hari ni che mat masak sejenia haiwan pra-sejarah yang telah mengalami dunia evolusi antara belangkas dan udang kara. Seumur hidup, ni baru pertama kali beli dan masak. Sebelum ni pernah nampak, tapi tak tergamak nak beli sebab rupa dia tak hansem, dah lah tak hansem, mengerikan pulak tu, macam muka alien aje. Kalau anda perhatikan udang ketak atau hasil google che mat di internet, ia diberi nama 'balmain bug', seakan2 haiwan pra-sejarah seangkatan dengan belangkas. Isinya tak banyak (mungkin sebab che mat beli saiz kecil), tapi rasa sedap, seakan2 isi lobster. Kulit bahagian kepala agak keras dan seakan2 ketam. Che mat tak pasti masak apa sedap, dan teman2 di FB memberikan cadangan untuk cuba masak dengan telur asin seperti ketam (dan ada juga yang beri idea2 menarik cara memasak udang ketak ini...terima kasih yea). Ok, che mat kongsikan resipi mudah ini dan anda boleh gantikan dengan udang atau ketam....

crayfish

Contoh udang ketak atau 'balmain bug' yang che mat gunakan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang ketak @ balmain bug, dibersihkan*
1/2 camca teh garam*(*digaul rata)
3 biji telur masin 
3 ulas bawang putih, cincang halus
5 biji cili padi merah, hiris halus
5 biji cili padi hijau, hiris halus
2 tangkai daun kari, dilurut
3 camca besar penuh mentega
1 camca teh gula
4 camca besar susu sejat
1/2 camca teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus telur masin (che mat guna telur masin yang kurang masin), kemudian ambik 2 biji kuningnya dan sebiji lagi digunakan kuning dan putihnya. Lecek kesemuanya hingga hancur. Panaskan minyak untuk goreng terendam, kemudian goreng udang kara hingga berubah kemerahan pada keseluruhannya. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega, tumis bawang putih dan daun kari hingga harum, masukkan cili padi dan masak sekejap. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah telur masin, susu sejat, gula dan serbuk lada sulah. Kacau rata.
  3. Bila mendidih, masukkan udang ketak. Gaul rata dan masak hingga kering sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias ikut kreativiti anda dan boleh hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....Selamat mencuba!

Friday, 16 January 2015

SAYUR CAMPUR WARNA - WARNI...

rsz_mix_vege1
Assalammualaikum, salam Sabtu...masak apa hari ni?...Pastinya hari2 cuti anda habiskan masa bersama keluarga dan boleh juga masak bersama2 di dapur. Kadang2 bukan perlu masak yang susah2 sangat, yang simple, ringkas dan cepat lebih menyeronokkan. Ini salah satu resipi kegemaran che mat, selain cantik, ia juga sedap dan cepat dimasak. Sayur campur ini kurang lebih macam chap chai saja, sebab tu hari che mat dah bikin chap chai, hari ni kita tukar nama pada sayur campur....errr...sayur camput tu bukan mix vege yang frozen tu ke?...alaaa yang ada lobak merah, jagung dan kacang pis tu...hurmm, pening gak ni. Takpe kita tambah depan dia 'warna-warni', maka jadi lah sayur campur warna-warni, dah macam menu untuk kanak2 tadika pun yea juga. Tak kesah janji ia menarik dan sedap. Kali ni che mat guna isi ayam sebagai perencah. Isi ayam tu anda perap dulu dengan bahan2 yang akan che mat tulis nanti...

rsz_mix_vege (1)
Untuk memudahkan anak2 muda kenal sayur2an yang che mat guna, lenih elok che mat kongsikan carta bergambar seperti atas ni. Takde had sayur apa yang anda nak letak, cuma kalau makin banyak anda masukkan jenis sayuran, anda tak perlukan ia dalam kuantiti yang banyak. Che mat guna 8 jenis sayur. Sedap dimakan bersama nasi panas. Teknik memasak pun anda kena ambik perhatian. Masukkan sayuran yang keras dulu kemudian baru masukkan sayur2an yang cepat masak. Jangan masak terlalu lama untuk mengelakkan sayur menjadi terlebih masak....Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau dan kuning), dipotong dadu
10 biji cendawan butang (kalau anda guna saiz yang besar, belah 2 setiap 1)
6 biji tomato ceri belah 2 setiap 1
10 tangkai sweet pea, kerat 2 setiap 1
Sebesar penumbuk bunga kobis, potong sekuntum2
1/2 batang lobak merah, belah 4 dan hiris serong
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
4 batang putik jagung, hiris serong
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 cawan isi ayam, potong kecil*
1/2 camca teh garam*
1/4 camca teh minyak bijan*
1/4 camca teh serbuk lada sulah*(*digaul rata dan perap 15 minit)
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk lada sulah (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa
1/2 cawan air
Sedikit minyak bijan, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah isi ayam, gaul dan masak dengan api kecil hingga isi ayam berubah warna. 
  2. Masukkan sayur2 yang keras dahulu seperti, bunga kobis dan lobak merah.Tuang air dan masak sekejap. Masukkan sweet pea, putik jagung, cendawan dan leek. Gaul rata dan masukkan traffic light capsicum. Masak sekejap.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya, tambah serbuk lada sulah dah kacau rata. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

Thursday, 15 January 2015

SUP AYAM MAKAN SAMA KUEY TEOW?....

rsz_soup_kuey_teow
Assalammualaikum, dah makan ke?..Ke ada yang pi shopping beli hand bag atau kasut baru. Hari ni che mat masak cincai2 saja, dan sup ayam ni menu semalam dan malas nak makan sama nasi, jadi kita makan sama kuey teow. Pelik yea, releks, takde apa yang ni pelikkan, kan kita buat dia, nko makan aje lah dengan apa sekali pun asal ia benda halal dan masuk akal, betul tak?. Asalnya che mat nak goreng kuey teow ni, tapi kerang habis pulak, kensel teros, nanti kalau takde kerang, kurang lah ketergodaan anda semua bila tengok gambar kuey teow goreng takde kerang. Macam kurang comeyy.

rsz_soup_kuey_teow1
Ada satu sebab che mat suka sup ayam, sebab ia amat2 versatile dan boleh ngam dengan banyak benda. Makan sama nasi impit atau ketupat, sama mi hoon, mi kuning, kuey teow, makaroni, cicah roti, makan sama nasi atau bubur nasi dan juga boleh dihirup begitu saja. Ikut selera dan cara anda nak makan. Che mat nya resipi sup ayam sama macam yang ada dalam blog ni, cuma ada kala kuantiti bahan2 berbeza skit. Satu lagi, ini benda wajib, sup ayam mesti ada sambal kicap, kalau takde sambal kicap, rasa dia kurang menendang...Resipi sup ayam tu macam mana?...Meh che mat kongsikan...Jommm!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, berat kurang lebih 1.2 kg
4 biji kentang
1 sup bunjut tulang ADABI
1 kiub pati ayam MAGGI (optional)
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar penuh bawang goreng
3/4 camca besar lada hitam, tumbuk halus
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia

BAHAN-BAHAN REMPAH TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5-6 kuntum bunga cengkih

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Kuey teow secukupnya (atau mi pilihan anda, ketupat, makaroni)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Tauhu, goreng dan hiris (tak letak sebab takde)
Taugeh, buang ekor cuci dan toskan
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dipotong kecil, dibersihkan, kemudian gaul dengan 2 camca besar tepung gadum hingga rata. Perap 15 minit, cuci hingga bersih dan toskan. Kentang dikupas, kemudian belah 4 setiap 1, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 5 camca besar). Masukkan rempah tumis dan goreng hingga harum. Tambah bahan2 kisar halus dan kacau rata. Masak hingga naik minyak, guna apu kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata, biar sekejap.
  3. Tuang air secukupnya hingga ayam tenggelam. Masukkan sup bunjut dan kiub pati ayam (jika guna), Kacau dan biar mendidih. Masukkan kentang, dan masak hingga kentang empuk dan ayam masak (ayam daging selalunya cepat masak).
  4. Tambah lada hitam, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api...sementara itu masukkan secukupnya kuey teow dalam mangkuk sesuai. Tuang sup ayam bersama isi2nya hingga kuey teow tenggelam. Tabur hirisan daun sup, daun bawang, taugeh, bawang goreng dan tauhu. Sudukan sedikit sambal kicap sebelum dihidangkan...Sedap dimakan panas..

Wednesday, 14 January 2015

TERUNG SAMBAL UDANG KERING...

rsz_terung_udang_kering

Assalammualaikum, salam Khamis. Hari ni che mat masak yang mudah2. Tak berapa nak sihat, urat belikat tiba2 sakit semalam. Dah tampak koyok malam tadi dan pagi ni kurang sikit. Tapi masa bonda tolong tanggalkan koyok tu, rasa sakit gileer, sekali tengok dengan bulu2 roma sekali tertarik sama, patut rasa macam nak terkucil. Pagi tadi tak plan nak masak apa, ikut apa bahan yang ada dalam peti sejuk. Bila che mat check, ada terung 2 biji dan bahan2 mentah lain. Tiba2 teringin nak makan terung berlado, tapi kali ni lado dia kita tukar pada sambal udang kering. Buatnya senang dan bahan asas sudah mesti sambal udang kering. Selain dengan terung, anda boleh ganti dengan bendi atau kacang panjang. Dimakan begitu dengan nasi panas juga sesuai...

rsz_sambal_udang_kering
Sambal ini anda boleh buat lebih dan simpan dalam botol. Tapi anda peru tumis dalam minyak yang agak banyak agar sambal tenggelam dalam minyak semasa menyimpan. Kalau nak pedas boleh guna cili padi. Yang ni che mat gandingkan cili merah, cili hijau, cili padi dan cili kisar. Udang kering guna dalam 1/2 cawan saja. Ia juga sesuai kalau anda gunakan sebagai perencah nasi goreng. Amacam...bess kan, sesuai untuk orang bujang juga. Kalau tak boleh makan udang kering macam mana?...Apa susah, ganti leer dengan ikan bilis, tapi toksah pi letak nama sambal udang kering pulak...Meh che mat kongsikan resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung ungu saiz sederhana
Sedikit garam
1 camca besar minyak zaitun
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN SAMBAL UDANG KERING:-)
1/2 cawan udang lering, cuci dan endam 10 minit
1/4 cawan cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
20 biji cili padi
3 biji buah keras, dihiris
2 biji tomato yang masak ranum, dicincang
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL UDANG KERING :- Toskan udang kering, perah sedikit kemudian tumbuk hancur, tak perlu sampai lumat. Ketepikan. Sementara itu dalam alat pengisar (blender), kisar buah keras dan bawang putih hingga halus, Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan cili padi. Kisar hingga hancur tak perlu sampai halus (guna butang 'pulse' pada alat pengisar anda semasa mengisar). Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (kurang lebih 1 cawan). Tumis bahan2 kisar tadi hingga harum, masukkan cili kisar dan masa hingga naik minyak. Guna api sederhana dan kacau sentiasa. Tambah udang kering tumbuk dan tomato cincang. Kacau dan terus memasak hingga tomato hancur.
  3. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula (kalau nak guna serbuk perasa pun boleh). Kacau dan terus memasak hingga sambal pekat dan naik minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan sebelum disimpan dalam botol untuk kegunaan kemudian.
  4. UNTUK TERUNG SALAI :- Terung di kerat 3 (ikut saiz terung yang anda guna). Kemudian belah 2 setiap keratan. Gaul dengan sedikit garam dan minyak zaitun (kalau takde, guna saja minyak masak). Panaskan non-stick pan, kemudian salai terung tadi hingga lembut dan perang pada kedua2 bahagian. Angkat dan ketepikan
  5. UNTUL TERUNG SAMBAL UDANG KERING :- Susun terung salai dalam pinggan sesuai. Kemudian sudukan sambal udang kering tadi secukupnya atas terung salai dan ratakan. Tabur hirisan daun bawang untuk hiasan. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan lauk2 kegemaran anda....Selamat mencuba!!.

TEMPE GORENG REMPAH RATUS...

rsz_tempe_rangup

Assalammualaikum, baru sempat nak bersiaran. Malam ni che mat share kudapan mudah yang biasa menjadi kegemaran orang2 Johore terutama masyarakat keturunan jawa (dan sekarang ni bukan jawa pun suka). Tempe bahan penting dalam masakan tradisi kita orang2 Johor, terutama masak lodeh untuk lontong, sambal goreng, sambal tempe kering dan juga dioleh menjadi kerepek tempe dan sebagainya. Satu lagi, ia juga sering menjadi cemilan diwaktu2 senggang. Paling mudah digoreng kunyit, dan kalau nak sedap lagi boleh goreng celop tepung macam pisang goreng tu. Kalau nak lebih enak, boleh goreng rempah ratus macam che mat buat ni...tak susah senang aje..

rsz_tempe_rangup1

Seperti anda tau, di Johor kalau makan benda yang dicelop tepung dan digoreng garing, tidak lengkap tanpa disertakan sambal kicap. Ia satu kemestian untuk menjadikan hidangan lebih sedap. Sambal kicap buatnya mudah dan ada dua cara, pertama anda boleh guna cili padi dan bawang putih yang digoreng terlebih dahulu, kemudian ditumbuk bersama sedikit gula dan dicampur kicap lemak manis (semestinya JALEN lah yea). Dan ada yang tumbuk cili dan bawang tanpa digoreng. Semua bergantung pada anda, kalau che mat tumbuk aje cili dan bawang tu tanpa digoreng, in sha Allah setakat ni ramai dah yang makan, takde pulak sampai sakit perot atau masuk hospital. Apa2 pun semuanya atas pilihan anda....Ok, meh che mat kongsikan cara che mat bikin tempe goreng rempah ratus..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 paket tempe (guna tempe berbungkus plastik saiz 4 x  4 inci)
1 biji telur saiz kecil (gred C)
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan air (cedok keluar 2 camca besar)
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1/8 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh garam (atau secukup rasa)

BAHAN SAMBAL KICAP :-)
20 biji cili padi thai jenis merah, digoreng sekejap
3 ulas bawang putih, digoreng sekejap
1 camca besar gula
1/2 cawan kicap lemak manis JALEN

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tempe dipotong pada 3 bahagian untuk setiap 1 bungkus. Kemudian setiap 1 bahagian dibelah nipis ( buat 4 belahan nipis). Buat semuanya hingga siap dan ketepikan. Sementara itu, dalam satu bekas, masukkan tepung beras, serbuk kunyit, soda bicarbonate dan garam. Kacau rata. 
  2. Tambah bahan2 tumbuk halus dan telur. Gaul rata.Tuang air sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau hingga rata dan sebati. Ketepikan sebentar. 
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Celopkan sekeping tempe dalam adunan hingga rata dan masukkan ke dalam kuali, goreng 7 - 8 keping sekali goreng, bergantung pada saiz kuali yang anda guna. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing. Balik2kan agar masaknya rata. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki tempe hingga siap dan hidangkan bersama sambal kicap.
  4. UNTUK SAMBAL KICAP :- Tumbuk cili, bawang putih dan gula hingga halus, masukkan kicap lemak manis dan kacau rata. Boleh hidangkan bersama tempe goreng rempah ratus tadi untuk minum petang..

Tuesday, 13 January 2015

UBI REBUS, SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DAN KOPI O...

rsz_rebus_ubi
Ubi rebus, santapan yang begitu nostalgia bagi orang2 melayu kita. Teringat kisah semasa era2 penjajahan Jepun dulu, ubi menjadi makanan ruji memandangkan beras dicatu masa itu. Daya kekreatifan orang2 dulu kala mempelbagaikan kegunaan ubi kayu hingga tercipta kuih-muih dan kudapan yang menarik. Paling mudah digoreng, dibakar atau direbus seperti che mat buat tu (makan sama sambal tumis atau kelapa parut dan ikan masin. Kena pulak cuaca hujan....hmmmm). Kalau nak lebih meletup sikit, ubi dibikin kuih bakar atau bingka/bengkang. kuih talam (yang bawah ubi dan kepala kuih kaler putih tu), opak (seperti keropok), lempeng. ubi getuk (ubi rebus yang ditumbuk sama kelapa parut, sedikit gula dan garam) dan belebat/lepat. Ada juga orang jawa buat sejenis makanan dipanggil ketiwol. Selain itu, anda boleh juga bikin kerepek, kerepek pun ada dua jenis, satu disagat nipis menggunakan ubi mentah dan digoreng hingga garing. Sejenis lagi, ubi direbus tapi tak perlu sampai empuk sangat, sejukkan dan hiris nipis. Jemur hingga betul2 kering dan digoreng dengan api sederhana hingga garing. Lepas tu disira dengan sedikit gula, dahh jadi kudapan. Kalau nak bercerita pasal jasa 'ubi kayu' pada manusia ni, sampai esok pun tak sudah....Kali ni che mat tulis resipi sambal tumis saja, sebab nak rebus ubi semua orang pasti tau kan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan dan direndam sekejap, toskan
3 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3/4 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air. Kacau dan biar mendidih. Tambah ikan bilis dan hirisan bawang besar. Gaul rata, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masak sekejap hingga pekat (atau terpulang samada nak sambal yang cair sedikit atau pekat). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ubi rebus tadi..