Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat masak scallop atau kekapis. Mana dapat tu?..Kebetulan Jumaat lepas masa ke Benut, che mat singgah pasar, sekali nampak orang ni jual scallop yang masih berkulit, sekilo hanya RM 4 saja, sebelum tu nampak orang jual di pasar pagi Simpang Renggam RM 12 sekilo!!...maha gilerrr, nasib baik tak beli. Che mat pernah beli dulu tapi lama dah, sebab scallop segar bukan selalu ada, kadang2 aje jumpa. Bila dah beli masa tu, tak reti nak bersihkan macam mana, tapi che mat tau scallop memang kita ambik isi yang yang seketul tu saja. Nasib baik ada you tube, che mat pun google dan alhamdulillah, amat2 membantu sangat....
Hari ini che mat bikin sambal tumis kantan scallop dan selain tu ada juga yang dimasak sama spaghetti ala2 olio (yang tu nanti che mat share). Satu petua masak scallop, anda toksah masak lama sangat nanti jadi liat, Macam bikin sambal ni, che mat letak last sekali, masak dalam 2 minit lepas tu dah boleh matikan api. Rasa scallop ni sedap, manis dan kenyal2. Teman2 fb banyak juga kongsi idea tadi, dia orang kata kalau tumis dengan mentega pun sedap. Scallop memang dah sedia kala sedap, jadi tak perlu nak diberi perisa terlampau sangat. Setakat season dengan dengan lada hitam dan garam pun dah memadai....Jomm che mat sharekan resipi..
Isi scallop yang telah dibersihkan....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi scallop, kalau saiz agak tebal, anda boleh kerat dua
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 inci halia, diketuk
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 1/2 senduk nasi cili kisar
2 camca besar sos cili JALEN
1/2 kiub pati ikan bilis, hancurkan
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan), tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan cili kisar dan kacau rata. Tambah kiub ikan bilis dan sos cili, kacau dan masak hingga garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan pes asam jawa dan hirisan bunga kantan, kacau rata dan masak hingga pekat. Tambah bawang besar dan scallop. Gaul rata dan masak 1-2 minit, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti..
No comments:
Post a Comment