Tuesday, 11 November 2014

JUS KEDONDONG ASAM BOI

rsz_jus_ambra

Assalammualaikum, salam Rabu. Hari ni che mat mengidam..haha, releks, bukan ngidam sebab ngandung yea, tapi ngidam tekak. Pagi tadi masak melilau kat depan rumah, che mat perasan buah amra @ buah kedondong lebat berbuah dan ada yang nampak perang2. Kalau tu hari dah bikin jeruk, kali ni nak test buat jus kedondong pulak. Sebenarnya resipi nak bikin jus kedondong ni melambak ada di internet, anda boleh pilih saja. Guna asam boi atau asam kecut jenis putih dan tak perlu banyak sangat. Satu lagi anda boleh adjust tahap kemanisannya mengikut selera anda, seelok2nya kita rasa dahulu dan tambah gula kemudian. Asam boi itu sendiri dah masin2 manis. 

rsz_jus_ambra1

Che mat guna 12 biji kedondong bersaiz sebesar telur gred A. Kulit dia che mat tak buang, tapi anda perlu cuci dan berus hingga ia bersih dari segala kekotoran. Ada yang che mat baca, mereka tak tapis lepas kisar, terus ajer tuang dalam gelas. Tapi che mat tapis dan buang hampasnya. Untuk menambah 'kick', masukkan sedikit jus limau kasturi sebelum dihidangkan. Sedap digandingkan bersama makanan2 berempah atau nasi2 berperisa seperti nasi beriani atau nasi minyak. Ini kerana jus kedonodng rasanya segar dan bila kita minum, ia boleh mengurangkan rasa muak makanan berempah atau bersantan. Satu lagi kalau nak lebih thrill, anda jadikan jus ini aiskrim Malaysia, dan letakkan sebiji asam boi dalam setiap batang ais krim...hmmm, terliur terus...nak resipi?.. Boleh takde masalah, tapi sebelum tu sudi2kan lah singgah di sini dulu...Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 biji buah kedondong
10 biji asam boi jenis putih
4 biji limau kasturi, perah jusnya
3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
Gula secukup rasa
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau). Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
  2. Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya. Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.
  3. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi. Kacau dan biarkan sekejap. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan. Sedap diminum sejuk.

No comments:

Post a Comment