Salam Jumaat semua, nak satu hidangan ringkas dan cepat dimasak?..Che mat percaya, anda mesti dah biasa makan tauhu yang dikukus seperti dalam gambar diatas yea tak. Tak tau kenapa tiba2 teringin pulak. Dan che mat oter sikit sos tu tambah taucho. Sedap dimakan panas2. Sos dia anda boleh siapkan awal, sementara anda siapkn meja makan, tauhu boleh dikukus kurang lebih 10 minit. Dan curah sos, hidangkan panas2...Che mat masukkan isi ayam cincang dalam sosnya sebagai perencah. Selain isi ayam, anda boleh gantikan dengan udang. Ok, kita semak resipi.....Jommmm...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji tauhu lembut (boleh beli di pasaraya, berisi dalam paket berukuran 4 segi)
3 camca besar isi ayam yang telah dicincang
1/2 biji bawang holland, saiz sederhana
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
1/3 cawan air
1/4 camca teh lada sulah
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Tauhu dikeluarkan dari kotak (berhati2 kerana tauhu agak lembut) dan letak dalam pinggan tahan panas, potong tauhu tadi kepada 6 bahagian, tak perlu diasingkanm biar dalam bentuk asal, cuma potong sahaja. Kemudian kukus 10 minit. Sementara itu kita buat sosnya.
- Panaskan 1 camca besar minyak masak, tumis bawang putih, halia dan bawang holland hingga layu. Masukkan tauco, sos tiram dan isi ayam. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan kicap lemak manis dan lada sulah. Kacau dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Keluarkan tauhu lembut dari kukusan, buang air yang yang bertakung dalam bekas berisi tauhu dengan berhati2. Kemudian curah no. 2 (sos) atas tauhu tadi, ratakan. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah sebagai hiasan. Hidangkan segera bersama nasi. Sedap dimakan panas..
No comments:
Post a Comment