The malas masak day datang lagi, oleh sebab malas, hari ni che mat goreng sardine sahaja, dan nak kasi selera, che mat masak pedas2, guna 10 biji cili padi dan 7 biji yang lain che mat tumbuk hancur. Kira memang pedas. Makan dengan nasi panas, bertambah2 panas. Telinga semua tukar kaler merah. Che mat guna sardine cap ayam tin leper yang kecik. Kalau tak habis, boleh cicah roti atau lempeng. Boleh juga dibuat nasi goreng sardine. Kalau anda orang bujang, resipi ini amat2 sesuai...Pasti ada yang tergelak bila tengok entri sardine aje...takpe, sardine pun ada gak yang kurang pasti nak masak macam mana, terutama budak2 muda yang baru nak ke dapur. Jomm memasak..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kecil saiz sadine cap ayam (che mat guna jenis leper)
10 biji cili padi, diketuk
1 batang leek, kerat dan rendam
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 keping kecil asam gelugor
7 biji cili padi*
1 inci halia*
1/3 inci kunyit hidup*(*ditumbuk hancur)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan bawang besar, leek (toskan) dan asam gelugor. Kacau rata hingga bawang layu dan bahan2 tumbuk nampak garing.
- Masukkan sardine dan sosnya. Kacau rata dan masak dengan api sederhana. Perasakan dengan garam secukup rasa. Jika anda suka berkuah, boleh tambah sedikit air. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau lempeng...
No comments:
Post a Comment