Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat mula on balik masak2, selepas bercuti semalam. Masak pun yang mudah2, dan untuk bonda che mat masakkan asam rebus tempoyak ikan duri. camput timun. Ikan duri saiz kecil saja dan ada pulak telur. Anda boleh guna apa2 ikan yang anda suka. Nak guna ikan air tawar pun boleh. Biasanya menu begini, perlu pedas sikit. Tidak menggunakan sebarang minyak, ia hanya direbus. Ikan anda perlu cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis atau limau kasturi terlebih dahulu. Kalau ada petai, boleh juga masukkan sekali, lagi sedap kuah dia. Ok, kita lihat resipi nya..jommm..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan duri saiz sederhana (atau apa2 jenis ikan pilihan anda)
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 keping asam gelugor
1 biji timun saiz besar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
20 biji cili padi kampung (jenis merah)
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 camca besar penuh tempoyak
CARA MEMBUATNYA :-
- Ikan duri disiang, kemudian kerat kepada beberapa bahagian. Cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis atau limau kasturi selama 10 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Timun dibuang kulit, kerat 2 dan belah 4 setiap keratan. Kemudian buang bahagian empulurnya.Cuci dan toskan.
- Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk bersama air (anggaran 1200 ml atau secukupnya). Kacau rata. Tambah serai dan asam gelugor. Masak hingga mendidih. Masukkan ikan duri dan bunga kantan. Kacau perlahan dan masak sekejap.
- Masukkan timun dan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak hingga timun lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.
No comments:
Post a Comment