Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni che mat masukkan entri yang dimasak semalam. Semalam kan Isnin, jadi bonda berpuasa. Kalau ikutkan paginya che mat keluar, tapi atas sebab2 tertentu, tak jadi. Dan seawal pagi lagi dah siap masak, takut tak sempat bila balik nanti. Fikir juga nak masak apa. Bila bukak peti sejuk, nampak rebung. Udang pun ada, yang ni bukan udang galah, tapi udang kaki merah atau udang pengantin. Maka che mat masak gulai lemak udang sama rebung. Nama saja cili padi tapi takde lah pedas sangat. Tapi, kalau pedas lagi sedap. Rebung che mat guna rebung madu. Kali ni bebel sikit saja...jomm kita lihat resipi..
BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor udang kaki merah bersaiz besar @ udang galah
600 gram rebung madu yang dihiris nipis dan direbus
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
20 biji cili padi kampung warna hijau
1 1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan rebung ke dalam periuk bersama serai titik, udang dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair dan masukkan asam gelugor. Kacau dan masak hingga mendidih dan rebung lembut. Tambah sedikit air jika suka kuah lebih.
- Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), daun kunyit dan pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan dikacau selalu untuk mengelakkan pecah santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan lauk2 lain...
No comments:
Post a Comment