Paru goreng berlado antara hidangan yang che mat suka (ke bukan che mat tu suka semua jenis hidangan yang dia masak?....pelik nihh...hmmm). Masak seperti ini popular di kalangan orang Minangkabau. Buatnya amat mudah dan untuk sambal pun ringkas sahaja. Cuma che mat kehabisan cili hidup, maka terpaksa ku guna cili kisar. Kalau anda buat, jangan lupa guna cili hidup (dalam resipi che mat akan tulis cili hidup). Che mat guna kurang lebih 600 gram paru untuk resipi ini. Kalau anda tak suka paru, boleh juga diganti dengan daging, pastikan daging dihiris nipis lebar2 dan rebus jika perlu. Kalau nak bess, anda ketuk daging tadi hingga nipis dan goreng sekejap, jangan garing sangat nanti keras. Lepas tu boleh masak seperti biasa...Boleh?...pasti boleh, resipi che mat kan senang2 dan mudah2, kalau tak, takkan dia ni pun dah boleh memasak!!...
BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram paru lembu, potong 2, cuci dan toskan*
3 ulas bawang putih, diketuk (tak perlu buang kulit)*
1 inci halia, diketuk*
1 batang serai, diketuk*
Air secukupnya*(*disatukan dan rebus hingga paru lembut)
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
5 biji cili merah
CARA MEMBUATNYA :-)
- Tos dan sejukkan paru yang telah direbus. Kemudian hiris lebar, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh). Kemudian goreng hingga perang. Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk lumat hingga harum dan garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap.
- Tambah paru goreng dan gaul rata. Masak hingga kering dan cili bersalut dengan paru goreng tadi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.
No comments:
Post a Comment