Cendawan goreng serbuk roti ini che mat buat bulan puasa lepas, disebabkan agak sibuk, sampai terlupa untuk dijadikan entri. Tadi masa kemas2 folder, ternampak gambar cendawan goreng serbuk roti dan terus che mat jadikan ia sebagai entri ke dua untuk hari ini. Kalau ikutkan ia tak perlu resipi yang khusus kerana amat mudah dibuat. Che mat guna cendawan tiram. Cendawan tadi dilap dengan tissue dapur yang telah dibasahkan, jangan cuci, nanti ia akan lembik dan murah menyerap minyak. Gunakan serbuk roti warna kuning yang boleh anda beli dikedai2 menjual bahan2 baking. Sedap dimakan sebagai cemilan waktu petang, dicicah sos kegemaran anda atau nak rasa lenih enak, che mat cadangkan anda cicah dengan sos seribu pulau @ sos thousand island...Nak membuatnya cukup mudah...
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram cendawan tiram
3 putih telur*
Sedikit garam*
1/2 camca teh lada sulah*(*disatukan dan kacau rata)
Serbuk roti secukupnya (che mat guna yang kaler oren)
Sos kegemaran anda (che mat guna sos thousand island)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Cendawan tiram dilap setiap satu dengan tissue dapur bersih yang telah dilembapkan. Ketepikan. Sedia kan bekas, panaskan minyak untuk goreng terendam, pastikan minyak tidak terlalu panas.
- Ambil sekeping cendawan (kalau besar, anda boleh potong dua). Celup dalam putih telur, kemudian golek2kan dengan serbuk roti. Celup sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dengan serbuk roti. Letak dalam satu bekas. Buat hingga siap.
- Goreng cendawan tadi hingga kuning keemasan. Angkat, toskan minyaknya dan letak atas tissue dapur agar lebihan minyak terserap. Hidangkan panas bersama sos kegemaran anda..
No comments:
Post a Comment