Tiba2 semalam che mat teringin nak buat kek, dan kalau dapat nak kek yang mudah dibuat, lembut dan tidak terlalu manis. Masa blog walking ke blog teman2 memasak, che mat tertarik dengan satu resipi kek dari blog Nasi Lemak Lover..kek nya agak mudah disediakan tapi kena ikut cara2 yang agak unik sedikit. Hasilnya cukup memuaskan walaupun rupa kek yang che mat buat tu agak kurang menawan, ini kerana resipi asal guna tin bulat yang dasarnya boleh ditanggalkan berukuran 6.3 inci lebar dan 3 inci tinggi (macam acuan kek chiffon tapi bentuk bulat tanpa tube ditengahnya) tapi che mat guna loaf tin...huhu, jadi lah dari takde. Kalau nak guna loose bottom cake tin yang macam buat cheese cake tu pun boleh, guna saiz 7 inci, tapi kek anda akan rendah sedikit..
Pertama kali che mat rasa kek ni, ia seakan2 rasa kek keju sikit, dah lah tu lembuttt sangat, betul, nanti kalau anda buat, anda boleh rasa sendiri. Ini mungkin kerana teknik membuatnya yang agak berbeza dari kebiasaannya. Pertama kali che mat tengok diblog beliau, rasa teruja nak mencuba. Yang tu kita cerita nanti. Satu yang che mat perasan, teknik membakarnya juga sedikit berbeza dari biasa. Insha Allah nanti che mat buat lagi dan guna tin bulat seperti yang disyorkan (nampak gayanya kena beli tin kek baru lah kan....besssnyaa!!!...haha). Ok, che mat share resipi seperti dibawah ini, terima kasih sekali lagi pada Sonia, nasi lemak lover... (^__^)
BAHAN-BAHAN A :-)
50 gram mentega
50 gram tepung kek
3 kuning telur (gred A)
55 gram susu segar
1/2 camca teh esen vanilla (che mat tambah)
BAHAN-BAHAN B :-)
3 putih telur (gred A)
50 gram gula kastor
6 gram tepung jagung
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 140C, sediakan tin bulat bersaiz 6.3 inci atau 7 inci yang bahagian bawahnya boleh ditanggalkan, tak perlu disapu dengan mentega. (che mat guna loaf tin dan sebab tin tu bahagian bawahnya tak boleh ditanggalkan, maka che mat alas dengan kertas. Tak perlu disapu dengan mentega). Ketepikan.
- Dalam periuk kecil, cairkan mentega dengan api kecil hingga mendidih. Matikan api, kemudian masukkan tepung kek, kacau pantas hingga sebati. Tuang susu dan kacau dengan whishk hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga rata dan licin. Ketepikan.
- Gaulkan gula kastor dan tepung jagung hingga rata. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan bancuhan tepung jagung dan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Putar putih telur hingga kental. Ketepikan.
- Ceduk 1/3 bahagian putih telur dengan spatula dan gaulkan dengan adunan kuning telur, gunakan kaedah kaup balik hingga sebati. Masukkan baki putih telur, dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin dan masukkan ke dalam oven, di rak bawah.
- Bakar selama 25 minit pada suhu 140C, kemudian naikkan suhu pada 170C dan bakar lagi selama 25 minit atau hingga masak. Kemudian keluarkan kek, dan terbalikkan atas redai, biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan terbalik sebelum anda keluarkan dari tin. Potong dan boleh hidangkan..
No comments:
Post a Comment