Tuesday, 29 April 2014

PARU GORENG BERLADO....

rsz_paru_goreng_berlado_limau_purut
Paru goreng berlado antara hidangan kegemaran che mat sejak dulu lagi, tapi tidaklah menghadapnya hari2, cuma sekali sekala. Untuk sedikit kelainan, che mat masukkan daun limau purut. Resipi memang mudah dan asal2nya masakan macam ni banyak terdapat di restoran2 orang Minang. Paru perlu direbus hingga lembut (kurang lebih 1 jam), toskan dan biar sejuk. Kemudian hiris. Ia agak ringan dan 'melampung', jadi lepas digoreng, ia akan kelihatan sedikit. Che mat guna kurang lebih 600 gram untuk resipi ini. Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak. Kalau makan macam tu pun sedap juga. Kalau dicucuk dengan lidi sate, dah serupa sate. Sambalnya sedikit manis, tapi ini semua bergantung pada selera anda. Satu lagi, sambalnya memang kelihatan macam tu, nampak kasar2 dan rustic. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram paru lembu, cuci dan toskan*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia, hiris nipis*
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
8 biji cili merah
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
3 helai daun limau purut
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus paru bersama bahan bertanda (*), selama kurang lebih 1 jam. Tos dan sejukkan. Kemudian hiris nipis dan gaul dengan serbuk kunyit dan 1 camca teh garam. Gaul rata dan goreng hingga perang, angkat dan toskan.
  2. Dalam alat pengisar (blender), masukkan bawang putih dan buah keras, kisar hingga halus. Masukkan cili merah dan bawang merah kecil. Kisar sekejap2 (guna butang 'pulse') hingga lada dan bawang hancur tapi tidak terlalu lumat. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar), masukkan bahan2 kisar tadi dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah daun limau purut, perasakan dengan garam secukupnya (jangan terlalu banyak, sebab paru gorang tadi dah digaul dengan garam). Tambah gula dan jus limau kasturi, kacau rata dan masak sekejap. Masukkan paru goreng, gaul rata2 dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak.

PUCUK UBI PULUT MASAK LEMAK SAMA KERANG..

rsz_gulai_pucuk_ubi_sama_kerang_ala_johor (1)
Assalammualaikum, salam Selasa...menu apa makan tengah hari tadi?...Che mat hari ni masak pucuk ubi pulut masak lemak sama kerang, atas permintaan Bak. Memang betul sekian lama gak tak makan pucuk ubi. Tapi semenjak hujan2 ni, pokok ubi mula segar dan mengeluarkan pucuk baru. Kali ni che mat guna pucuk ubi pulut..Apa itu pucuk ubi pulut?..Pucuk ubi pulut berdaun halus dan runcing2 berbeza dengan pucuk ubi biasa yang berdaun lebar. Masakan seperti ini kebiasaannya dimasak oleh orang2 Johor, dan bila che mat sebut pasal pucuk ubi masak lemak sama kerang atau kupang, ada yang tanya, boleh yea masak macam tu?..Insha Allah boleh, sebab kami di Johor ni dah lihat orang2 Johor makan masakan macam ni sejak berpuluh2 tahun dahulu (mungkin lebih lama dari itu). Kalau anda suka pedas boleh tambah sedikit cili padi, tapi Bak memang tak tahan pedas, maka che mat hanya gunakan 3 biji cili merah. Isi kerang ikut banyak mana anda suka, kalau lagi lebih lagi sedap, cuma jangan sampai tak nampak pucuk ubi sudah lah yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk ubi pulut (kurang lebih) 
1 cawan isi kerang (che mat guna isi kerang yang belum direbus)
3 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
3 biji cili merah
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan rebus pucuk ubi tadi hingga 1/2 lembut. Toskan dan cuci bawah air paip mengalur. Perah dan hiris kecil. Masukkan ke dalam periuk bersama isi kerang, serai titik dan bahan kisar halus tadi. Gaul rata.
  2. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Biar pucuk ubi lembut, masukkan asam gelugor. Tuang pati santan, kacau rata dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng..

Sunday, 27 April 2014

LEMAK NENAS SAMA IKAN MASIN KURAU..

rsz_lemak_nenas_sama_ikan_masin
Assalammualaikum, salam Isnin biru...kang ada pulak yang tanya, eh you tak kerja pun ada Isnin biru ke?...Haipp...bukan tak kerja, tapi bekerja dari rumah macam dia ni, sedap2 aje ingat tak kerja. Dan sebelum dikerjakan, eloklah che mat share resipi yang menjadi kegemaran orang2 dulu kala terutamanya orang Johor. Atas permintaan Bak, semalam, che mat masakkan lemak nenas sama ikan kurau masin, ikan kurau che mat guna 2 bahagian, bahagian tulang dan sedikit isinya. Kalau nak guna isi saja pun boleh, tak salah, tapi kalau anda campur dengan tulang, kuah akan berbeza rasa, dan satu lagi, kalau guna isi, kena letak disaat2 akhir, kalau anda letak awal, nanti isi ikan hancur. Nenas pulak pastikn yang manis, baru sedap. Kalau masam, kurang sedap, bila masa nenas tu macam dah takde rasa sangat. Che mat guna nenas Sarawak, selain tu anda boleh saja nak guna nenas madu, josapine atau nenas morris. Resipi tak susah, kiranya kalau ibu/ayah atau mertua anda nak datang, boleh cuba masak dan jamu pada mereka...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas Sarawak saiz sederhana, kupas, belah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal
4 ketul tulang ikan masin kurau, cuci dan rendam 30 minit
2 keping hirisan isi ikan kurau, cuci dan rendam 30 minit
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor 
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 keping hirisan nenas (dari bahan2 di atas)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan2 kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah tulang ikan kurau masin (toskan) dan nenas. Kacau rata dan masak hingga nenas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
  2. Masukkan asam gelugor dan tuang pati santan. Kacau perlahan dan tambah isi ikan kurau masin (tosk dan perah sedikit). Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, ikan goreng dan sambal belacan..

CHAR KUE TEOW

rsz_char_kue_teow

Petang tadi hujan di Sedenak, dan che mat terkonteng2 sorang2 kat rumah. Takpe, kita ke dapur dulu. Lagi pun yang lain2 semua keluar ke Johor Baharu. Tau saja lah bila petang dan hujan, mula lah melilau jengah2 apa yang ada. Stok kue teow memang che mat ada simpan, simpan dalam freezer, bila nak guna, cuma kasi masukkan dalam microwave oven. Tu hari di InstaGram (anda boleh follow InstaGram che mat di @matgebu ), ada yang bertanya, che mat kalau goreng kue teow, cuci dulu tak? Dan che mat goreng kue teow atau mi kuning, memang cuci dulu tapi cuci pada saat akhir, maksud nya bila anda dah nak masukkan mi, baru cuci dibawah air paip. Dan kue teow atau mi kuning anda letak dalam penapis, letak bawah laluan air paip dan kirai2kan mi tadi. Tos sekejap dan masukkan ke dalam kuali yang berisi bahan2 rencah. Kalau goreng kue teow, masa ni anda kena besarkan api dan gaul pantas...

rsz_char_kue_teow1
Dan, satu lagi kerang antara perencah penting untuk kue teow, kalau dapat memang kena ada, tapi kalau dah takde nak buat macam mana, gantikan sajalah dengan daging atau isi ayam. Stok udang takde dirumah che mat, tapi sotong dan kerang memang ada. Maka kedua2 'ubat' penyedap tadi dimasukkan ke dalam kue teow. Satu lagi cili hijau jeruk, yang ni pun antara bahan ulaman penyedap untuk dimakan bersama kue teow goreng, mi sup dan sebagainya. Tak pasti macam mana nak buat cili hijau jeruk?..toksah khuatir, kat sini ada resipinya..ehemm. Untuk menggoreng kue teow atau mi kuning atau mi hoon, che mat memang dah siapkan awal2 sambal tumis yang kemudian disimpan dalam peti sejuk. Bila nak guna, cuma tinggal cedok dalam kuantiti yang diperlukan. Resipi akan che mat sertakan sekali, jadi anda boleh buat lebih2 dan simpan. Sesuai untuk kegunaan di bulan Ramadan nanti....Bersedia?...ok jomm kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram kue teow (kurang lebih)
1 genggam longgar taugeh, cuci dan toskan
1/2 cekak kucai, kerat pendek
1 genggam isi kerang
2 ekor sotong, hiris bulat
3 camca besar sambal tumis*
1 biji telur, pukul sedikit
1 camca teh petis @ otak udang
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 camca besar kicap pekat JALEN
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sos ikan secukup rasa
Cili hijau jeruk, untuk dimakan bersama char kue teow
Belahan limau kasturi, jika suka

BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS* :-)
3 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 genggam udang kering, rendam dan toskan*
1 inci belacan, dibakar*(*dikisar halus)
1 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan 1 cawan minyak dalam kuali (minyak kena lebih sedikit). Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan kacau rata. Masak hingga cili garing dan terbit minyak, jika kurang minyak, tambah sedikit lagi. Masukkan pes asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak lagi hingga sambal betul2 garing (guna api kecil dan kacau sentiasa). Sejukkan dan isi dalam botol (pastikan minyak menutupi sambal tumis tadi). Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
  2. UNTUK CHAR KUE TEOW :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis, kicap pekat, kicap lemak manis dan petis. Kacau rata, tambah kerang dan sotong, kacau dan masukkan kue teow. Besarkan api, gaul pantas hingga semua mesra.
  3. Tolak kue teow ke tepi kuali, masukkan sedikit minyak dan tuang telur, bila telur mengental, gaul rata dengan kue teow tadi. Masukkan tauge dan kucai, kacau dan tambah sos ikan secukup rasa dan boleh matikan api. Hidangkan dengan cili hijau jeruk dan belahan limau kasturi....Sedap dimakan panas..

Saturday, 26 April 2014

SOTONG MASAK HITAM...

rsz_sotong_masak_hitam
Assalammualaikum, salam Ahad semua. Masak apa hari ni?..mesti istimewa untuk dihidangkan pada keluarga anda. Sebenarnya pada pandangan che mat lah kan, bila anda memasak untuk keluarga, itu memang dah satu yang istimewa bagi mereka. Masakkan yang mudah tidak semestinya tidak enak, betul tak. Contoh paling senang, macam apa yang anda lihat dalam gambar, sotong masak hitam. Begitu senang dan cepat dimasak. Hitam itu bukan tambah kicap, tapi ia dari dakwat sotong. Che mat tak pastilah dari mana asalnya sotong masak hitam, tapi sejak kecil dulu arwah datuk che mat kerap masak sotong dengan cara macam ini. Mula2 tu agak tak berkenan juga sebab warna dia pun, alaahai, gelap dan mendung, tapi bila dah rasa, sedap rupanya. Menu ni hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan telur dadar...cukup dahh, makan panas2...ehemm...bagi yang bujang, ini antara masakan termudah untuk anda cuba...

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram sotong saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
1/2 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia, hiris halus
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong diasingkan kepala dan badannya, dibahagian kepala sotong, buang muncungnya dan berhati2 bersihkan bahagian kantung sotong yang berisi dakwat hitam, ketepikan. Badan sotong dibersihkan bahagian dalamnya dan kerat 3 - 4 bahagian bergantung pada saiz sotong, cuci dan toskan. 
  2. Kemudian masukkan ke dalam belas sotong dan kepalanya, tambah serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Gaul rata2 dan ketepikan sebentar.Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar). Tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan sotong dan gaul rata. Tambah bawang besar, cili merah dan cili hijau. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu baru tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  3. Kacau dan masak sekejap (kurang lebih 2 minit). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan hirisan cili merah sebelum dihidangkan bersama nasi, sambal belacan dan telur dadar...Selamat mencuba!!

AYAM MASAM MANIS SAMA NENAS...

rsz_ayam_masam_manis_sama_nenas
Assalammualaikum, salam Sabtu....Rasa tak selesa sungguh hari ni, lepas masak tadi che mat sakit kepala. Cuaca pun agak panas, lepas mandi untuk kali ke-2 dan solat Zohor, baru lah kepala tu ok, tapi masih rasa macam biol2 sikit. Nak lelapkan mata pun tak boleh sebab terbayang2 kerja yang kena siapkan, huhu. Oleh yang demikian, baik lah update blog sementara ada mood. Resipi kali ini amat mudah dan che mat masak semalam. Kenapa che mat kata senang, sebab ia cepat dimasak, dah lah tu sedap ok, makan dengan nasi putih sedap, makan dengan nasi minyak pun ngam. Kita sesuai untuk semua majlis. Ayam masam manis ni kalau anda nak ganti dengan isi ikan pun boleh, guna isi ikan yang dipotong kiub besar2, guna fillet ikan merah atau dowry (eerr betul eks ejaan ikan dowry tu?). Dan nenas tu kalau dapat guna nenas segar, pilih yang manis. Kalau takde boleh ganti dengan nenas dalam tin. Suka pedas, tak jadi hal, anda boleh ketuk beberapa biji cili padi dan cempakkan ke dalam masakan. Mudah bukan...ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping dada ayam, dipotong kiub, cuci dan toskan*
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
1/2 camca teh garam*
1 camca besar penuh tepung jagung*(*digaul rata dan goreng hingga ayam masak, angkat dan toskan)
1/4 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) dipotong dadu
2 cawan (kurang lebih) nenas yang telah dipotong kiub
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
4 camca besar sos cili thai
2 camca besar sos plum
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan sos cili thai dan sos plum, kacau dan tambah sedikit air (anggaran 1/3 cawan). Biar mendidih.
  2. Masukkan nenas dan leek (toskan), kacau dan masak sekejap. Tambah trafficlight capsicum dan isi ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata, tambah garam secukup rasa dan jika perlu masukkan sedikit lagi gula. Kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas (nasi putih atau nasi minyak).

Friday, 25 April 2014

RESIPI SERI KAYA..

rsz_seri_kaya_karamel

Assalammualaikum, salam semua. Baru che mat dapat nak bersiaran. Pagi tadi tak semena2 streaymix down, line semua ok, tapi tak boleh nak ekses internet. Mula dah nak hangin, bila call TM, dia periksa2 rupanya masalah di port. Dan alhamdulillah petang tadi dah ok. Dan che mat pulak sibuk di dapur masa tu tak sempat nak jengah blog pun. Berkemas2 dan buat pemeriksaan barang2, yang mana hampir expired kena lah gunakan kan dulu. Dan dalam banyak2 benda tu termasukkan santan yang che mat simpan, bukan santan segar, tapi santan kotak (tapi bukan yang lama, baki che mat masak 2 hari lepas). Risau juga takut rosak, ok, kita fikirkan sesuatu untuk habiskan santan yang berbaki dalam 1 cawan. Akhirnya che mat ambik keputusan, kita buat..............

rsz_seri_kaya_karamel1

Seri kaya....ehemm, seri kaya karamel. Not bad, sedap dan sedap...kalau guna santan segar yang baru diperah, lagi lah sedap berganda2. Resipi seri kaya ini mudah dibuat dan tak perlu prosedur yang rumit, dan tak de pantang larang pun. Resipi asal dari Chef Selebriti Puan Norzailina Nordin. Dan che mat kurangkan sedikit gulanya, tapi kalau anda ok dengan rasa manis, boleh saja guna seperti yang disyorkan. Seri kaya memang lah manis, yea tak, dan sapu pada roti pun dalam keadaan sederhana bukan banyak. Rasa seri kaya home made ini tak ubah macam yang anda beli. Malah lagi sedap dan diberkati, nak2 jika anda buat dan hidangkan pada keluarga. Masa2 masak tu kita sertakan dengan selawat dan zikir, insha Allah bertambah2 keberkatannya. Ok, kalau anda nak mencuba resipi seri kaya, che mat kongsikan resipi seperti dibawah ini...jommm!!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A (gred B pun boleh)
300 ml pati santan (kalau dapat guna santan segar)
240 gram gula halus (che mat guna 180 gram sahaja)
2 helai daun pandan, disimpul
60 gram gula pasir*
130 ml air panas*(*untuk gula hangus @ karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masak gula pasir hingga cair dan keperangan, pastikan jangan sampai gelap, nanti pahit. Kacau sentiasa semasa memasak karamel. Kemudian tuangkan air panas, berhati2 semasa menuang , kerana ia akan memercik. Tuang hingga habis, kacau hingga sebati dan sejukkan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur dan gula halus, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tuang santan dan karamel yang telah sejuk tadi. Kacau hingga semua sebati. Tapis bancuhan tadi.
  3. Tuang ke dalam periuk, masukkan daun pandan. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga bancuhan kelihatan pekat. Kecilkan api, dan terus mengacau hingga ia kental, kurang lebih 1 jam. Tutup api.
  4. Keluarkan daun pandan. Isi kan seri kaya tadi ke dalam botol yang bersih (sebelum tu, botol dicuci, rebus dalam air panas 5 minit dan toskan hingga kering, begitu juga dengan penutup botol). Biar seri kaya betul2 sejuk sebelum ditutup. Boleh hidangkan bersama roti dan sebagainya. Dan simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat seri kaya....Selamat mencuba!!...

Thursday, 24 April 2014

RENDANG PEDAS KERANG...

rsz_rendang_kerangg
Siang tadi che mat bosan gileer, hmmm, takpe, kalau rasa bosan kita buat kerja tak senonoh aje lah, bess juga. Ok, korek2 apa yang ada dalam peti sejuk, dan semalam masa di Econsave che mat beli isi kerang. Sebenarnya takde plan apa2 pun dengan isi kerang, saja beli. Maklumlah, ia bukan selalu ada, dah lah tu saiz besar2 pulak. Bila che mat cari bahan2 yang lain pun ada juga, maka kita ON projek bikin rendang pedas kerang, guna cili padi lagi. Kalau anda tak suka, boleh ganti dengan cili merah atau tak perlu sebab dalam resipi memang guna cili kisar. Tapi che mat kan dah guna cili padi, maka cili kisar hanya guna dalam 1 camca besar saja. Untuk kerang pulak che mat guna kurang lebih 400 gram isi kerang...

rsz_rendang_kerangg1
Bagi anda yang tak makan ayam atau daging, boleh masak rendang pedas kerang ini untuk dimakan bersama ketupat atau lemang. Hidangkan bersama nasi lemak pun sedap. Kalau anda masak lebih, boleh juga dibekukan untuk dimakan pada waktu lain. Tiba2 macam nak rebus ketupat aje bila ada rendang kerang ni, dan bila che mat masak rendang kerang, sudah pasti teringat pada dia ni, memang peminat kerang, tak kesah lah sambal kerang ke atau apa2 masakan yang ada kerang...hehe, olooo jangan lah fikir bukan2, sekadar ingatan seorang sahabat, tu saja...Satu lagi, nak masak rendang pedas kerang ni pun senang, tak makan masa lama macam rendang ayam atau daging. Kalau anda nak mencuba, che mat kongsikan resipi seperti dibawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram isi kerang
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
2 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit (sehelai disiat, 2 lagi dimayang halus)
2 camca besar penuh rempah kari ikan (baba's)
1 camca besar cili kisar (boleh tambah)
2 camca besar penuh gula melaka (atau secukup rasa)
1 1/2 camca besar kerisik
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras, dihiris
3 batang serai, dihiris
10 biji cili padi siam (boleh kurang atau tambah)
3/4 inci kunyit hidup

rendang kerangg2
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Isi kerang dicuci bersih dan toskan (sebab che mat guna isi kerang segar, kalau anda guna kerang yang telah direbus dan diambil isinya, tak perlu cuci). Bancuh rempah kari ikan sama bahan2 kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum dan bawang keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah pes rempah dan kacau rata. Masak hingga rempah garing dan terbit minyal. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan pati santan, kacau dan masak hingga pekat. Tambah isi kerang, daun limau purut dan daun kunyit yang disiat. Gaul semua hingga rata, masak sekejap.
  4. Masukkan kerisik, gula melaka dan perasakan dengan sedikit garam. Kacau dan masak hingga rendang kering. Tambah daun kunyit yang dimayang halus, kacau dan rasa lagi, jika kurang garam, baru tambah garam secukup rasa. Masak sekejap. Boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, ketupat, lemang atau roti.....ehemmmm..

Wednesday, 23 April 2014

MANGO LASSI...PENYEJUK TEKAK.

rsz_manggo_lassieee

Salam Khamis, ehemm, manggo lassi ni pun bess jugakan. Semalam che mat singgah di Econsave Kulai dan kebetulan ada jual buah mangga. Beli juga lah dalam 3 kilo macam tu. Jadi tadi masa masak rendang kerang (yang ni kita cerita dalam entri lain yea), tekak punya lah haus, kan cuaca agak panas dah lah tu hujan pun tak turun lebat kat sini, cuma mendung siaa. Mango lassi yang ni agak kurang menarik lah kaler dia sebab buah mangga tu pun tak keemasan sangat, warna isi dia kuning pucat. Jadi hasilnya, mango lassi pun warna kurang memberangsangkan, tapi takpe lah, janji sedap. Untuk resipi mango lassi yang ini, che mat tak guna gula, tapi ditambah susu pekat manis dalam 2 - 3 camca besar bersama yogurt dan sedikit jus lemon. Kalau anda tak nak guna susu pekat manis dan nak ganti dengan gula pun boleh, ikut selera masing2...ok, tak payah terikat dengan resipi sangat. Membuatnya memang mudah, kasi kisar sekali jalan, tak payah nak pening2 kepala, sambil2 masak pun boleh buat...Ok jom che mat share resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji buah mangga yang masak ranum, saiz sederhana
1 cawan yogurt tanpa perisa (nak guna perisa mangga pun boleh)
1 cawan air mineral
2 - 3 camca besar penuh susu pekat manis (boleh ganti dengan gula secukup rasa)
1/2 biji lemon, perah jusnya
Ais kiub secukupnya
Sedikit isi mangga yang didadu untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cuci buah mangga tadi, kemudian lap kering. Kupas kulit dan ambil isinya. Masukkan ke dalam alat pengisar makanan (blender), tambah yogurt, susu pekat manis (atau gula), air mineral dan jus lemon. Kisar hingga semua hancur dan sebati.
  2. Masukkan pula ais kiub, dan kisar hingga ais kiub hancur. Tuang dalam gelas sesuai, hias dengan isi mangga yang didadu tadi dan boleh hidangkan....hmmm....nyamannn di tekak...Selamat mencuba!!.

ASAM IKAN SAWI JERUK.

rsz_asam_ikan_sawi_jeruk
Sambung cuti berblog?...memang ada niat macam tu, tapi kalau che mat sambung punya sambung punya sambung, alamatnya tak berblog lagi lah, sebab dah makin selesa dengan keadaan begitu. Tapi hari ni che mat masak asam ikan sawi jeruk atau asam pedas lah senang cerita dan adalah 1-2 lagi hidangan simple, campak2 aje. Rasa segan juga nak masukkan entri asam pedas, tapi tak salah lah kan, dah berjuta kali entri asam pedas pun, ia tetap menjadi pilihan mereka2 diluar sana. Satu lagi che mat rasa ada yang masih ragu2 nak masak asam pedas. Bimbang tak sedap dan sebagainya. Insha Allah jika asam pedas cukup rasa pedas (bukan pedas melampau), masam, manis dan masin, pasti masakan anda menjadi. Satu lagi gunakan ikan yang segar. Ada orang letak sedikit serbuk perasa, yang ni terpulang, tapi kalau anda perhatikan che mat selalu guna kiub ikan bilis, jadi tak perlu serbuk perasa dah, dan kalau dapat beli kiub ikan bilis yang tanpa MSG. Sedikit gula juga memainkan peranan yang penting, bukan kita nak asam pedas jadi manis, cuma memberi rasa sahaja. Kali ni che mat masak guna ikan tenggiri...senang sikit nak makan, tulang dia tak banyak...ehemm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping hirisan ikan tenggiri (che mat campur kepala ikan tenggiri)
Sawi jeruk secukupnya, potong dan rendam
1 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
1 senduk nasi penuh, cili kisar
1 kiub pati ikan bilis (optional)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah saiz besar, belah 2 dan buang biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah hiris, bawang putih hiris dan serai hingga harum. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak sekejap. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air (anggaran 800 ml atau secukupnya), kacau dan biar mendidih. Masukkan sawi jeruk (toskan), kiun ikan bilis (jika guna) dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih untuk 3 - 4 minit.
  3. Masukkan ikan tenggiri, perasakan dengan garam secukupnya, tambah sedikit gula dan juga lada hitam yang ditumbuk halus. Kacau perlahan dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

Monday, 21 April 2014

KARI IKAN MASAM MANIS....

rsz_fish_curry
Salam semua, mula2 malas nak masukkan entri ini di blog, tapi sebab che mat rasa ada sikit kelainan dalam resipi kari ikan masam manis, jadi che mat jadikan juga ia satu entri. Resipi mudah dan boleh dikirakan sebagai masakkan asas kari ikan, cuma ditambah 1-2 bahan dalamnya. Sayang sekali kari ikan masam manis takde bendi atau terung, sebab takde stok. Tapi che mat gantikan dengan timun dan tomato. Che mat guna ikan tenggiri, selain ikan tenggiri anda boleh guna ikan bawal, ikan merah atau apa2 ikan yang banyak isinya. Seperti biasa, setiap ikan yang anda gunakan, akan menghasilkan rasa kari yang berbeza sedikit. Kenapa kari ni che mat kasi nama kari ikan masam manis?...kari ikan tu memang sebab ia guna ikan, tapi masam manis datang dari penggunaan tomato dan sos cili yang ditambah dalam rempah kari semasa menumis. Walaupun dah guna tomato, che mat masukkan sedikit pes asam jawa, tapi yang ni kalau anda rasa tomato tadi dah cukup masam, tak perlu letak asam jawa dah. Ok resipi mudah disediakan....seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping hirisan ikan tenggiri, cuci dan toskan
2 biji timun, buang kulit, kerat 2 dan belah 4 setiap keratan dan buang empulurnya
2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1
1 biji tomato, cincang halus
3 camca besar rata rempah kari ikan (Baba's)
1 camca besar penuh sos cili JALEN
1 camca teh pes asam jawa
1/4 cawan santan pekat (che mat guna santan kotak)
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 camca besar cili kisar
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/4 camca teh halba
1/2 camca teh biji sawi
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
2 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum dan bawang layu. tambah cili kisar dan bahan tumbuk halus, kacau dan masak hingga cili garing. Sementara itu bancuh rempah kari dengan 2/3 cawan air, kacau rata dan masukkan ke dalam periuk. Kacau dan masak hingga rempah garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tambah tomato yang dicincang halus dan sos cili JALEN. Kacau dan masak sekejap. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 800ml), kacau dan biar mendidih. Masukkan timun dan ikan, kacau perlahan dan biar ikan masak.
  3. Tuang pati santan, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato, masak hingga timun lembut sedikit tapi pastikan tidak lembik. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti.

Saturday, 19 April 2014

PUCUK LABU MASAK LEMAK PUTIH..

rsz_pucuk_labu_masak_lemak
Hari ni che mat masak pucuk labu masak lemak putih. Pernah makan pucuk labu?. Kalau di kampung2, masa kita masak labu, biji labu campakkan aje kat tanah (rumah kampung kan tanah luas). Nanti akan tumbuh pokok labu...dalam jangka masa 5 - 6 minggu pokok labu mula membesar dan bercabang2. Kalau nasib baik kita akan dapat labu, tapi kalau takde, pucuk dia boleh kita petik dan masak lemak putih, atau dicampur dalam sambal tempoyak daun kayu. Selalunya pucuk labu akan digentel sebelum dimasak, ini kerana daun labu sedikit kasar dan berbulu. Bila dah gentel dia akan jadi lembut dan cepat dimasak. Ini boleh dikategorikan resipi tradisi dan mudah dimasak. Ikan masin dan sambal belacan menjadi gandingan utama jika anda masak lemak. Pucuk labu yang che mat masak ni, bonda petik belakang rumah, kurang lebih dalam satu cekak orang dewasa...resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk labu
1 camca besar penuh udang kering, direndam sekejap
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah saiz kecil, hiris
600 ml santan cair
350 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Pucuk labu disiang dan digentel, bahagian batang yang lembut juga diambil dan jika ada putik labu atau bunga labu, juga diambil. Cuci dan toskan. Udang kering ditoskan, perah dan tumbuk kasar. Ketepikan..
  2. Masukkan santan cair ke dalam periuk bersama hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering tumbuk. Kacau dan masak hingga mendidih. Masuk pucuk labu, gaul rata dan tambah cili merah hiris. Bila pucuk labu lembut, tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan, ikan masin @ ikan goreng dan nasi putih...

RESIPI PULUT KUNING WARISAN..

rsz_pulot_kuning
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak pulut kuning atau orang2 peranakan panggil nasi kunyit. Ini perancangan che mat dan bonda sejak 3 hari lepas. Cuma kena buat di hari yang sesuai, hari semua orang ada rumah dan tiada urusan luar. Kebetulan stok beras pulut agak banyak di rumah, jadi hari ni che mat buat kurang lebih 1.2 kg pulut yang telah che mat rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan sekeping asam gelugor. Apa tujuan letak asam gelugor tu?...Serius che mat pun tak pasti tapi kata orang2 tua, untuk kasi pulut jadi kilat dan naikkan seri warna kuning, wallahualam, buat aje lah tak salah pun dan bukan berdosa, yea tak. Tapi orang tua dulu kala ni mereka kan bijak dan mereka hidup dulu dari kita...apa yang berguna kita ambil, apa yang rasa tak perlu, kita abaikan...

rsz_pulot_kuning2
Lauk pauk sampingan untuk pulut kuning, che mat masak rendang ayam dan sambal sotong. Ada juga serunding ayam, yang tu che mat beli jenama Agromas, dan disajikan juga bersama telur rebos. Pulut kuning biasanya disajikan bila ada majlis2 tertentu, ia amat simbolik bagi masyarakat melayu, terutama di majlis khatam Quran, berkhatan, bertindih, hari lahir dan majlis2 kesyukuran. Sekarang ni di majlis2 kerja kawin pun dah macam trend pulut kuning bertingkat menggantikan kek. Apa2 pun ia bukan wajib cuma lebih kepada adat dan tradisi. Namun pada che mat ia melambangkan kemelayuan dan menjadi identiti masyarakat kita. Untuk entri ini che mat tulis macam mana nak kukus pulut kuning, rendang dan sambal tumis tu che mat link kan pada entri2 sebelum ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg beras pulut (che mat guna pulut susu)
2 camca besar serbuk kunyit (Adabi)
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
500 ml santan pekat
1 camca besar penuh garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Rendang ayam atau daging (resipi boleh rujuk sini dan sini)
Sambal tumis sotong (resipi boleh rujuk sini)
Serunding, jika suka
Telur rebus, jika suka

pulot kuning3
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pulut dicuci, kemudian masukkan ke dalam bekas, tuang air secukupnya (hingga pulut tenggelam), tambah serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan asam gelugor dan biar pulut terendam semalaman atau sekurang2nya 8 jam. Kemudian toskan dalam tapis dan keluarkan asam gelugor. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan. Ambil bahagian atas kukus (yang berlubang). Alas bawahnya dengan tudung periuk. Pastikan saiznya menutup lubang2 kukus, dan tudung periuk dalam keadaan terbalik (seperti dalam gambar di atas).
  3. Letak sebatang senduk kayu di dalam kukus (seperti dalam gambar). Kemudian tuang pulut yang anda toskan tadi ke dalam kukus. Ratakan dan biar sekejap. Letak daun pandan dan angkat kukus berisi pulut dan terus letak atas air mendidih. Ada sedikit baki2 pulut atas tudung periuk, anda kaut dan masukkan dalam kukus, tutup dan kukus 25 minit.
  4. Sementara itu, bancuhkan garam dengan santan pekat, kacau rata. Angkat pulut dari kukus dan alihkan ke dalam bekas besar. Keluarkan senduk kayu tadi. Curahkan santan pekat sedikit demi sedikit atas pulut dan gaul rata2. Buat hingga santan habis. 
  5. Masukkan kembali pulut dalam kukus (kali ni tak perlu letak senduk kayu). Dan sambung kukus selama 25 - 30 minit atau sampai pulut masak dan lembut. Boleh alihkan dari kukus. Hidangkan bersama rendang, sambal tumis atau kari ayam/daging..
CATATAN MAT GEBU:- Tujuan meletak sebatang senduk kayu pada tengah2 kukus sebelum pulut dituang, kebarangkalian ialah untuk memudahkan pulut dikeluarkan dari kukus sebelum proses menggaul dengan santan pekat....

Thursday, 17 April 2014

PERINGATAN UNTUK ANDA SEBELUM RAMADHAN...

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat cuti masak dan baru ni bukak blog. Macam dah nak bulan puasa aje kan bila tengok gambar tu. Memang betul tak sampai pun 3 bulan lagi. Apa tujuan che mat letak gambar dan tajuk pun macam 'amaran' sahaja....suspen nih...Releks dan bertenang, che mat ni bukan manusia kejam, lupa diri atau jenis tak menghargai jasa orang lain. Bukan macam tu. Entri ni che mat memang tujukan pada peniaga2 bumiputera (terutama produk makanan) diluar sana terutama yang berniaga on-line atau off-line. Kadang2 nak cerita pun macam malas, macam isu lapok atau isu terpencil. Tapi kalau tak diceritakan kembali maka orang melayu kita ni mudah lupa...jenis nak kerja mudah dan untung besar....itu memang dah hobi mereka...maaf jika ada yang terasa...

Terpanggil nak tulis entri ini, bila nampak satu gambar dari entri che mat di sini, digunakan untuk mempromosi pes rempah di satu page di FB. Bukan sekali dua che mat dah kena...Pernah sekali dulu seorang teman FB yang berniaga biskut raya (tart nenas gulung) menempah sticker untuk perniagaan beliau. Bila siap sticker tu dia perasan gambar macam pernah nampak aje.. Check2 balik rupanya gambar diambil dari blog che mat atau pun diambil dari google image (google image pun ada kasi sumber dari mana yea...google tu bukan bangang!). Teman FB che mat tak jadi nak guna sticker tu. Tak termasuk kes orang ambik gambar jadikan label produk IKS (isu lama juga ni, tapi saja cerita untuk bagi peringatan), dan macam2 lagi lahh...penat dah nak cerita, letih...

Jadi che mat berterus terang. Kalau anda rasa nak guna gambar2 masakan dari blog, sila minta izin, atau kredit pada blog atau pun tak payah lah buang watermark (tapi sekarang watermark dah dok tengah2 gambar). Bukan mudah nak mengendalikan blog masakan dengan gambar2 lagi. Bila kami berkongsi resipi, bukan bermaksud kami kongsikan sekali dengan gambar2 (kecuali atas izin), faham benda2 ni semua bukan hak mutlak kita, nyawa pun bukan hak mutlak kita, betol tak?..Tapi sebagai manusia yang waras, ada pelajaran, beragama dan beradat, kenalah bijak dalam melakukan sesuatu. Jangan pandang mudah. Nak buat apa2, tanya pada mereka yang lebih berpengalaman. Pada pihak2 media pun sama, jadi lah manusia bijak bukan bijak rembat hasil kerja orang saja.....Nampak berlagak, nampak ego, atau nampak macam bagus?...itu terpulang pada anda, apa yang penting che mat dah kasi tau awal2...wassalam....

Wednesday, 16 April 2014

AYAM TIKKA @ CHICKEN TIKKA

rsz_ayam_tikka
Pernah makan ayam tikka atau chicken tikka?..Ia satu menu dari tanah India dan dikatakan berasal dari Wilayah Punjab di India. Namun ia juga terkenal di Pakistan terutama di Bandar Peshwar. Resipi agak terkenal dan salah satu icon makanan India. Terkenal juga di luar tanah India terutama dinegara2 orang puteh seperti Britain dan sebagainya. Mungkin rasanya yang agak ringan dan kurang pedas menjadikan ia boleh diterima dalam selera mereka. Hari ini tiba2 che mat terpanggil nak mencuba ayam tikka. Ia sedap dimakan bersama salad, nasi putih, roti pita, atau roti nan. Buatnya tidak lah susah mana, cuma anda kena perap sekurang2nya 2 jam atau nak lebih sedap, perap semalaman. Boleh bakar guna oven tapi che mat guna kuali ajaib. Kalau dibakar atas bara api, rasanya lagi sedap dan beraroma. Ada boleh guna mana2 bahagian ayam yang anda suka. Che mat guna 6 kepak ayam bersaiz besar (tapi bila dah bakar, jadi semetot aje...hehe). Resipi che mat dapat dari beberapa sumber di internet...jika ingin mencuba, resipi seperti dibawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 keping kepak ayam, cuci bersih dan cucuk dengan garfu
100 gram plain yogurt (yogurt tanpa perisa)
1 camca besar serbuk cili
3/4 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk garam masala
1 camca teh serbuk kunyit
1 biji lemon, perah jusnya
3 titik pewarna merah makanan
1 pokok daun ketumbar, potong kecil
1 biji tomato merah bersaiz besar, cincang halus2
1 inci halia*
4 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
2 camca besar minyak zaitun
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 diatas kecuali kepak ayam, garam dan gula. Kacau hingga semua rata. Tambah garam secukup rasa dan sediki gula (anggaran 1 camca teh). Kacau sebati.
  2. Masukkan ayam gaul hingga rata dan simpan dalam bekas bertutup. Perap sekurang2nya 2 jam atau semalaman di dalam peti sejuk. Sediakan alat pemanggang, sapu sedikit minyak zaitun dan bakar ayam tadi hingga masak, oleskan lebiha bahan2 perap setiap kali anda balik2kan ayam. Bakar 7 - 8 minit untuk setiap bahagian. Hidangkan bersama salad, roti nan atau nasi putih..

MENU TENGAH HARI DI PONDOK MAT GEBU...

rsz_menu_selasa

Assalammualaikum, salam Selasa. Apa khabar hari ni?..che mat tiba2 tangan kanan ni bengkak pulak. Perasan malam tadi, kenapa tangan kanan lebih tembam dari tangan kiri, yelah memang tangan che mat agak tembam sebenarnya tapi idok leer sampai nampak macam apam, setakat kembang2 gagah perkasa selalunya..ehemm. Lepas tu bonda kasi tau, ni mesti sebab che mat kerat tulang ikan masin kurau tu hari, errr..pelik juga sebenarnya takkan lah sebab tu, che mat cuma hempok dengan tapak tangan kat belakang parang tu aje agar cepat terpotong tulang ikan masin. Fikir2 balik ada betol juga cakap bonda, huhu, biasalah orang takmo dengar cakap, kan dah..Tak lah sakit sangat cuma sengal2 aje. Tapi aktiviti memasak tetap berjalan seperti biasa, alah cuma sakit sikit yea tak (tapi ni masih sengal2 lagi laah..hmmm...)

rsz_menu_selasa1

Hari ni atas perbincangan dengan bonda, maka che mat masak lemak taugeh sama tauhu dan tempe. Ada juga niat hati nak campur dengan kucai, tapi kucai kat pasu tak banyak dan che mat ada projek lain dengan kucai tu nanti. Ok, takpe kita skip kucai, dan masak seperti biasa saja. Kalau kami di Johor, bila masak lemak taugeh, kebiasaanya guna rencah udang kering. Ada juga yang gemar guna ikan bilis, ini terpulang pada anda. Satu lagi penggunaan santan, kalau anda yang biasa tengok cara che mat, mesti ada santan cair dan santan pekat. Sebab che mat perah dari kelapa parut segar, santan pertama tu santan pekat atau pati santan, dan perahan kali ke dua santan cair atau santan kemancar. Santan pekat letak akhir tujuan untuk mendapat masak lemak yang nampak molek dan pekat, didih pun tak boleh lama dan perlu dikacau selalu untuk mengelakkan  pecah santan...

menu selasa2
Seperti anda sedia maklum, atau baru nak maklum. Kalau menu utama anda masak lemak macam che mat masak ni, sambal belacan dan ikan masih adalah pelengkap utama, salah satu takde, boleh dianggap hidangan kurang lengkap atau cacat. Petai yang anda nampak tu sebagai ulam sahaja, terpulang, takde pun takpe. Sambal belacan bonda yang buat, halus kan sambal tu. Ikan tenggiri jeruk menjadi pilihan Bak, dan diperah sedikit jus limau kasturi jika suka. Untuk kali ini che mat hanya tulis resipi taugeh masak lemak saja lah yea. Yang lain2 tu tak perlu resipi sebab mudah dibuat dan pasti ia juga antara hidangan yang kerap dihidangkan ketika anda makan....

TAUGEH MASAK LEMAK SAMA TAUHU DAN TEMPE....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram taugeh, cuci dan toskan
3 keping tempe bungkus daun, dipotong kiub
2 keping tauhu, potong kiub (kalau tauhu saiz kecil, guna 3 atau 4)
1 genggam udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
600 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bawang besar hiris, bawang putih, udang kering dan santan cair ke dalam periuk. Tambah tempe dan tauhu, masak hingga mendidih dan tempe lembut sedikit. Masukkan taugeh dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
  2. Bila mendidih, masukkan hirisan cili merah, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api dan kacau selalu. Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ikan masin @ ikan goreng serta ulam kegemaran anda, jika suka.

Monday, 14 April 2014

KERABU PERUT ALA KELANTAN....

rsz_kerabu_perut_ala_kelantan
Assalammualaikum, salam Selasa. Serius hari ni che mat blurr, sampai tak reti dah nak masak apa. Kata bonda masak aje apa2 yang suka. Ok, kalau macam tu, che mat masak apa2 saja yang che mat suka. Untuk Bak che mat masakkan asam pedas ikan selar kuning sama terung (asam pedas pun asam pedas lah kan, janji masak). Dan untuk che mat sendiri, kerabu perut ala Kelantan menjadi pilihan. Masa buat ni meleleh dah air liur, nak2 bila jus limau kasturi diperah ke dalam kerabu tadi. Resipi ini menggunakan santan. Kalau anda guna santan kotak, campor sedikit dengan air panas, kalau guna santan yang diperah dari kelapa segar, guna air masak untuk memerah santan dari kelapa parut. Bila membuat kerabu, keseimbangan rasa amat penting, yang ini ikut citarasa anda, tapi pastikan ia ada rasa masam, manis, masin dan pedas (tapi kalau pedas sangat nanti jadi macam ini pulak, haha) serta aroma dari bahan2 herba yang kita guna seperti bunga kantan, serai dan lain2. Che mat guna kurang lebih 500 gram perut lembu yang telah siap dibersihkan (anda boleh beli dipasar2 basah atau pasar2 raya seperti MyDin, Tesco dan sebagainya. Ok, kalau anda bercadang nak buat kerabu perut ala Kelantan ni, che mat share resipi di bawah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram perut lembut yang telah dicuci bersih, hiris kecil, cuci dan toskan*
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 inci halia, diketuk*
2 liter air*(*disatukan dan rebus hingga perut lembut, toskan)
1 biji bawang besar, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 biji tomato, belah 4, buang biji dan hiris memanjang
10 tangkai kacang buncis, hiris kecil (resipi asal guna 3 tangkai kacang panjang)
4-5 biji limau kasturi, perah jusnya (boleh guna limau nipis)
2/3 cawan pati santan
5 biji cili padi siam merah, hiris halus
1 camca besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 ekor ikan kembong saiz besar, dibakar dan ambik isinya
5 biji bawang merah kecil
1 batang serai, hiris halus
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan perut yang telah direbus dan toskan bersama tomato hiris, kacang buncis, bawang besar, kerisik dan bunga kantan. Gaul rata2. Tambah bahan2 tumbuk lumat dan gaul lagi hingga semua mesra.
  2. Tuang santan, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Gaul lagi dan tambah jus limau kasturi, gaul dan sesuaikan rasa, dan tambah apa yang perlu. Boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Sedap dimakan bersama nasi panas.....ehemm..

MOCHA VANILLA MARBLE CAKE..

kek mocha marble
Salam semua, ok entri kali ni kita buat kek pulak...alah kek cikai2 aje, kek yan senang, tapi kan, hasil dia insya Allah boleh dibanggakan. Rasa dia pulak sedap, lemak, harum dan kurang manis. Bila anda nampak aje tajuk mocha vanilla marble cake, bukan anda terikat untuk rasa yang sama. Anda boleh ikut citarasa anda untuk mempelbagaikan perisa yang anda suka. Contohnya jika nak gabungkan perisa pandan dan coklat pun ok. Perisa oren dan cokat pun sedap, kalau nak berani gabungkan perisa pudina dan coklat. Kalau tak suka apa2 perisa, boleh buat plain saja, tambahkan esen vanilla sebagai perisa, dah jadi butter cake. Kalau nak meriah, boleh marblekan dengan tiga warna dan perisa yang anda suka, takde masalah. Tang perisa tu semua boleh, ikut kreativiti anda, tapi jangan over sangat yea, kang jadi kek cerca merba pulak...(Pstt.... che mat benci sangat entri ini...grrr...)

kek mocha marble1
Che mat guna tin kek bulat bersaiz 6.5 inci untuk resipi ini dan kek naik sama elok dan comel aje...err...comel ke?..Opkos lah, comel. Tapi boleh juga nak buat dalam tin kek bulat 7 inci, cuma kek tak jadi tinggi sangat. Kalau anda ganda duakan resipi, anda boleh guna tin kek bulat berukuran 9 inci. Kalau anda adakan jamuan kecil dengan bilangan tetamu tak ramai ( 6 - 7 orang), memang sesuai saiz kek comel2 seperti ini. Untuk oven, che mat guna api atas dan bawah. Masa membakar, che mat letak kek pada rak no. 2 dari bawah. Tapi ini semua bergantung pada oven masing2. Satu lagi pastikan anda panaskan oven sekurang2nya 15 minit sebelum dimasukkan adunan kek. Jomm kita buat kek!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega (che mat guna jenama Anchor)
60 gram gula kastor
125 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan susu pekat manis
1 camca teh coklat emulco
1/2 camca teh perisa mocha

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 6.5 inci dan 3 inci tinggi dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Jarak waktu untuk memasukkan telur ialah 1 minit. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berserbuk penaik sedikit demi sedikit hingga habis. Putar rata.
  3. Tambah esen vanilla dan susu pekat manis. Kacau hingga rata. Bagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian dimasukkan coklat emulco dan perisa mocha. Gaul rata dan bahagian satu lagi dibiarkan tanpa warna.
  4. Sudukan satu camca besar adunan kosong di tengah2 tin kek, diikuti adunan mocha, buat berselang seli antara adunan kosong dan adunan mocha hingga habis. Ratakan dan kalau suka anda boleh lorek dengan chopstick 2 - 3 kali. 
  5. Bakar selama 40 minit atau hingga masak (bila anda cucuk bahagian tengah kek dan lidi sate dan keluarnya bersih, itu tanda kek anda telah masak). Sejukkan 10 minit, kemudian keluarkan dari tin. Hias ikut suka dan boleh hidangkan.

Sunday, 13 April 2014

KETAM NIPAH MASAK LEMAK SAMA REBUNG MADU..

gulai ketam rebung madus

Assalammualaikum, salam Isnin semua. Hari ni che mat masukkan entri awal sikit. Sebenarnya ikut masa che mat, kalau ada masa, boleh lah masuk entri awal skit, kalau masa ketat, malam baru ada entri. Menu ketam ni bukan che mat masak hari ni, tapi Sabtu lepas, dan baru sempat buat entri. Yelah kalau hari2 che mat masukkan entri gulai nanti muak pulak. Tu yang che mat selang2kan. Ada yang tanya, beli kat mana ketam nipah tu?..Tu hari masa ke MyDin Kulai, niat hati nak beli bahan2 dapur. Tapi.. masa lalu kat kawasan jual bahan2 basah, tiba2 ketam memanggil2 nama che mat..terus tergoda dengan kesegaran ketam walaupun masing2 dah arwah. Saiz agak besar dan berat, kata orang kalau ketam berat, isinya banyak. Kat situ tulis ketam bunga, tapi kalau ketam bunga sepit dia biru dan ada bintik2....ok takpe kita beli 2 ekor, sekilo RM 19.90 dan 2 ekor tu dalam RM 14+ saja. Pada che mat harga dia berpatutan...kenapa?.....ehemm..

DSC_6016
(Ketam Nipah @ Scylla Serrata)
Sebab, selain segar, isi dia kus smangat, padat dan utuk, tang sepit tu, serius che mat suka, isi dia penuh dan pejal sangat. Penduduk rumah che mat kan 4 orang, jadi beli 2 ekor sudah cukup, sekor kita kerat 2...Bukan tak boleh seekor sorang tapi Bak kan gout, jadi kena jaga2 lah kan makan seafood2 macam ni, sekali2 tu ok lah. Dan che mat masukkan rebung madu yang diambil dari pokok yang abang long che mat tanam di kawasan rumah, ada lah 2 batang rebung tu, jadi lah buat ada2 kata orang. Proses memasak tak lama, dan proses makan aje lama sikit....Resipi?...bolehh, seperti di bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ketam nipah (atau ikut budget masing2)
3 batang rebung madu
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping kecil asam gelugor
1 liter santan cair
350 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
4 biji cili padi merah Thai
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibuang kulit kerasnya, buang kotorannya dan dicuci bersih kemudian kerat 2 setiap 1 (sebab saiz ketam besar, ini terpulang pada anda samada nak masak sekor2 atau dikerat 2). Rebung madu dikerat 1 inci, kemudian dikelar2 pada bahagian atas keratan, tapi pastikan tak putus, cuci dan rebus hingga 1/2 empuk. Tos dan ketepikan.
  2. Masukkan bahan kisar halur ke dalam periuk bersama serai dan asam gelugor. Masukkan ketam dan masak hingga ketam berubah warna. Tuang santan cair, masukkan rebung dan masak hingga rebung empuk.
  3. Tambah daun kunyit dan tuang pati santan. Kacau dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan sambal belacan....

Saturday, 12 April 2014

AYAM PONGTEH....KEGEMARAN CHE MAT.

ayammpongtehh
Assalammualaikum, salam Ahad dan selamat berhujung minggu. Masak apa hari ni?..Che mat masak yang ringkas dan mudah. Satu lagi ia resipi ulang tayang dah banyak kali. Ayam pongteh seperti anda sedia maklum ialah masakan orang peranakan Nyonya. Ia boleh dikategorikan masakan mudah dimasak dan tidak cerewet. Walaupun bahan2nya tidak banyak, tapi hasilnya amat memuaskan dan memang menjadi kegemaran che mat. Ia seperti masak kicap tapi bukan masak kicap walaupun memang ada penggunaan kicap dalam resipi. Taucho memainan peranan utama dalam masakan pongteh. Hidangan ayam pongteh disajikan bersama nasi putih dan cili hijau dan merah dipatah2kan ke dalam ayam pongteh sebelum dihidangkan. Sambal belacan perlu bagi melengkapkan set ayam pongteh anda. Satu lagi yang che mat perasan, lauk sepeti ini lebih enak dimakan keesokkan hari ni, atau dibiarkan beberapa jam. Bagi mereka yang kurang gemar rasa cendawan shitake, anda boleh ganti dengan cendawan butang sama ada yang segar atau jenis dalam tin...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam bersaiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
10 kuntum cendawan shitake segar (kalau jenis kering, anda rendam hingga kembang)
10 biji bawang merah*
5 - 6 ulas bawang putih (che mat guna 4 saja)*(*ditumbuk halus)
1 biji cili merah, dipatah2
1 biji cili hijau, dipatah2
3 camca besar penuh taucho, hancurkan sedikit
1 camca besar kicap cair
1 camca besar kicap pekat
Gula secukup rasa (kurang lebih 1 camca teh)
Air secukupnya
Sambal belacan dan ulam2man sebagai pelengkap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 1/4 cawan). Tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan taucho dan masak hingga taucho wangi dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan kentang (toskan) dan gaul rata, masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam dan kentang tenggelam). Masak hingga kentang 1/2 empuk, tambah cendawan shitake, kicap pekat dan kicap cair. Kacau rata.
  3. Masak hingga kentang empuk. Masukkan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Patah2kan cili merah dan hijau, kemudian taburkan atas ayam pongteh sebelum dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam2man.

GULAI NANGKA SAMA TULANG IKAN KURAU MASIN...

rsz_gulai_nangka_warisan
Assalammualaikum, salam Sabtu...hari ni che mat masukan entri gulai nangka (...haa, gulai nangka lagi!). Tapi kali ni masak lain pulak, walaupun nama 'gulai' ia takde rempah kari macam resipi yang lepas. Atas titah perintah bonda, che mat masak versi 'pak berahim' yang menggunakan tulang ikan masin kurau. Yang dulu guna tulang rusuk dan Bak cuma makan sikit sebab dia kan ada gout, takut pulak nanti sendi2nya sakit. Ada juga yang tanya che mat, apa beza kalau kita guna tulang ikan masin kurau dengan isinya?...Ok, ni pada pendapat che mat lah yea. Tulang ikan masin kurau lebih berperisa, nak2 tulang tengahnya yang ada segmen2. Kalau nak masak baru kerat dan kalau anda perhatikan pada setiap segmen ada sum2, dan ini yang menjadikan kuah gulai lebih enak dan berperisa. Isikan kurau pun ok, cuma kalau dimasak terlalu lama, ia akan hancur, dari segi rasa sedap lagi guna tulang. Anda boleh campurkan isi dan tulang jika suka....ini semua terpulang pada selera masing2, che mat hanya beri pendapat.....

bunga kunyit..
Satu lagi soalan lagi, mengenai bunga kunyit..boleh makan ke?..Kebetulan belakang rumah che mat memang ada tanam pokok kunyit dan sejak2 musim panas ni walaupun daun kunyit agak kekuningan, tapi ia galak berbunga. Bunga kunyit memang sedap dicampur dalam gulai, asam rebus atau ada yang kata boleh dibuat ulam. Menjadi kebiasaan che mat kalau ada bunga kunyit memang che mat akan masukkan dalam masakan yang sesuai, maksud masakan sesuai seperti anda lihat dalam gambar. Jangan masak kicap pun nko letak bunga kunyit, itu derhaka melampau namanya. Dari segi rasa, bunga kunyit punya bau yang sedap dan lebih 'manis'. Tapi untuk aroma daun kunyit lebih kuat baunya. Moga tak sikit banyak ia dapat membantu bagi mereka yang agak mushkil mengenai bunga kunyit....Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda yang telah disiang dan dipotong kiub
5 - 6 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isi, cuci dan rendam 30 minit
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
3 kuntuk bunga kunyit (optional)
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
4 biji cili merah (buang biji kalau tak nak pedas)
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nangka direbus hingga 1/2 empuk dan toskan. Masukkan bahan2 kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk bersama nangka dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Toskan tulang ikan masin, dan masukkan ke dalam periuk, kacau dan masak sekejap. Tuang santan pekat, kacau rata dan masukkan bunga kunyit dan daun kunyit. Biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Masak hingga nangka empuk. 
  3. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (rasa dulu baru masukkan garam secukup rasa). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan lauk2 lain. Gulai ini lebih sedap setelah dibiarkan 2 - 3 jam...

Friday, 11 April 2014

MI HOON GORENG TAUCHO....

rsz_mi_hoon_taucho_sotong
Salam semua, aikk entri mi hoon goreng?..Macam lah kita orang tak pandai nak buat, betul tak?...Haha, memang betul sangkaan anda, che mat pun fikir macam tu juga, tapi sebagai blogger masakan biasa2, tentri mi hoon kira ok lah kan. Blog che mat pun untuk hidangan seharian, bukan semata2 untuk hidangan majlis2 tertentu sahaja. Ini sebenarnya untuk sarapan pagi tadi, atas permintaan Bak. Che mat mula2 tak kuasa nak masak, ingat nak terus masak untuk makan tengah hari saja, tapi ada permintaan untuk mi hoon goreng pulak, jadi kita on saja lah. Kebiasaanya mi hoon perlu direndam sekurangnya 30 minit atau hingga lembut sebelum digoreng atau ada juga che mat lihat, mereka tak rendam, tapi mereka tuang air dalam bahan2 perencah, bila mendidih, mereka masukkan mi hoon tadi. Cuma macam kita yang kurang pakar ni, risau takut terlembik sangat, nanti melempeng pulak mi tadi. Selain tu anda boleh rebus mi hoon tadi hingga lembut, tapi pastikan anda letak mi hoon, tuang air sejuk dan panaskan atas dapur, jangan masukkan mi hoon ketika air mendidih, nanti mi jadi melempeng....boleh faham tak?...Ok, baguss...Jomm kita masak mi hoon goreng taucho!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rendam hingga lembut (rendam 30 minit)
1 keping tauhu (kalau saiz kecil, guna 2), didadu dan goreng hingga kekuningan, toskan
2 genggam taugeh (atau secukupnya), cuci dan toskan
1 camca besar penuh taucho
2 camca besar cili kisar
5 biji bawang merah kecil, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar sos cili JALEN
1 camca besar sos tomato JALEN
1 camca besar sos tiram JALEN
2 camca besar kicap cair
Sotong secukupnya (che mat guna sotong kecil, jadi tak perlu dipotong)
2 biji telur, dipukul sedikit
1 genggam udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk halus
Garam secukup rasa (jika perlu)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan timun, untuk dimakan bersama mi hoon goreng
Telur mata kerbau, jika suka
Sos cili atau sos tomato

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar), tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan udang kering dan masak hingga harum, tambah cili kisar, masak hingga cili garing. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, biar telur kentan dan kacau hancur. Tolak ke tepi kuali, masukkan tauco, masak sekejap, tambah sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata dan gaul dengan bahan2 lain.
  3. Masukka tauhu goreng dan sotong. Gaul rata dan tambah kicap cair, rasa dan jika perlu baru tambah sedikit garam. Boleh masukkan mi hoon. Gaul rata dan masak hingga mi hoon lembut. Tambah taugeh, gaul hingga mesra. Masak sekejap dan boleh matikan api.Tabur hirisan daun bawang dan cili merah. Hidangkan bersama telur mata kerbau, timun dan sos cili....Selamat mencuba!!.